Lesen FELDA United Tidak Akan Ditarik Balik Walaupun Ada Tunggakan Gaji

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan lesen kebangsaan milik juara Liga Premier 2018, FELDA United tidak akan ditarik walaupun pasukan itu masih belum melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih selama 3 bulan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata dalam Berita Harian, pihaknya belum menerima laporan rasmi mengenai tunggakan gaji tersebut dan sedia meneliti laporan kewangan kelab itu.

“Isu untuk menarik semula lesen FELDA United tidak timbul kerana mereka menerima lesen yang sah berdasarkan dokumen-dokumen diberikan sebelum tarikh tutup 30 Jun lalu, ketika itu mereka tidak ada sebarang masalah dan masalah tunggakan gaji ini hanya timbul selepas itu.

“FAM sehingga kini belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai tunggakan gaji ini sebaliknya hanya menerusi laporan media. Tapi kami mengambil inisiatif berhubung dengan FELDA United mengenai isu ini.

“Lesen mereka bagi musim depan tidak akan ditarik tapi mereka perlu mengemukakan penjelasan sejauh mana komitmen mereka untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu dan perancangan kewangan untuk kekal bersaing musim depan,” katanya.

Barisan pemain FELDA United pada musim 2018. FOTO: FELDA United

Semalam media tempatan melaporkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah mencadangkan agar lesen FELDA United tarik balik susulan kegagalan mereka melangsaikan tunggakan gaji.

Malah, beliau turut mempertikaitkan kredibiliti First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang mudah memberikan lesen kepada pasukan bermasalah.

Bagaimanapun, Stuart menjelaskan status FELDA United akan diketahui selepas pihaknya mendapat laporan kewangan dan penjelasan rasmi daripada pihak pengurusan The Fighters itu.

“Kita mahu tahu kedudukan kewangan mereka sama ada kukuh atau tidak, kita tidak mahu ada pasukan menarik diri di pertengahan liga. Tapi kita percaya FELDA sebuah kelab dari syarikat besar yang memiliki kewangan dari sumber pelbagai, kalau mereka tidak mampu mereka sudah memaklumkan kepada FAM dari awal.

“Kalau boleh kita mahu FELDA United beraksi tapi kami mahu dapatkan penjelasan dulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN