Kerana Kecewa Dengan Akhyar Rashid, Ejen Tolak Tawaran Kelab Thailand Dan Jepun

Ejen kepada bintang muda dari Kedah, Akhyar Rashid iaitu Wan Mohd Anwari daripada syarikat Marque Sports Management (MSM) mendedahkan sebuah kelab dari Thailand dan Jepun berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad bawah 23 kebangsaan tersebut.

Namun begitu, perbincangan dengan kelab dari luar negara tersebut tidak dapat diteruskan kerana beliau kecewa dengan rundingan ‘pintu belakang’ dengan sebuah pasukan Liga Super yang dilakukan oleh Akhyar Rashid bersama abangnya, Rafdi Rashid.

Beliau berkata dalam Sinar Harian mengesahkan kelab dari Liga Utama Thailand, Bangkok United dan sebuah kelab J-League Divisyen 2 sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Akhyar.

Foto: AFF Suzuki

“Kalau ikutkan Bangkok United memang berminat mahu dapatkan Akhyar. Saya pun kalau ikutkan boleh ‘push’ kelab itu untuk teruskan soal kontrak dan sebagainya.

“Bukan hanya Thailand. Ada satu kelab yang beraksi dalam saingan J2 di Liga Jepun juga ada menyuarakan minat nak dapatkah Akhyar. Tapi bila Akhyar dah buat perangai macam ini, saya pun jadi ‘fed up’! Saya terpaksa terus-terang kepada kelab-kelab ini yang Akhyar sudah ada pasukan di Liga Malaysia.

“Sebenarnya beginilah, tugas saya ialah jual pemain. Tetapi bila pemain dah rasa besar diri, buat apa saya nak keluarkan duit saya sendiri untuk bantu pemain yang tidak ada hati, dah rasa besar kepala.

“Kalau betullah dia nak sangat main dengan sebuah kelab di Malaysia, saya tak ada masalah. Cumanya, kenapa dia tak beritahu saya?,” katanya.

Wan Mohd Anwari turut menyifatkan Akhyar mungkin termakan hasutan orang di sekeliling sehingga mengabaikan impiannya sendiri yang mahu beraksi di luar negara.

“Sebelum ini memang Akhyar banyak kali kata mahu beraksi di kelab luar negara, tetapi sekarang ini mungkin dia banyak terikut cakap orang. Mungkin faktor orang sekeliling seperti ramai kawan di dalam pasukan lain atau apa sahaja yang telah mengubah Akhyar.

“Sekarang, saya boleh kata, Akhyar dah tak nampak perancangan masa depan dia untuk berkelana ke kelab luar negara, dan matanya hanya nampak satu kelab di Malaysia itu sahaja.

“Ikutkan saya boleh rangka kehidupan dia untuk jadi lebih baik, tetapi bila Akhyar dah lebih percaya orang lain dan kawan-kawan sekeliling dia, saya dah tak boleh buat apa-apa,” jelasnya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Akhyar menggunakan kaedah rundingan ‘pintu belakang’ tanpa pengetahuan ejennya sendiri.  Tindakan itu seolah-olah tidak menghargai pengorbanan ejen yang mula-mula membantu dalam menaikkan lagi namanya dalam kancah bola sepak Malaysia.

Malah, Wan Anwari menjelaskan beliau tidak berniat untuk menabur pasir dalam periuk nasi Akhyar, sebaliknya beliau mendedahkan perkara ini untuk memberi pengajaran kepada pemain-pemain lain agar sentiasa menghormati kontrak yang telah ditandatangani.

Akhyar Rashid bakal disaman oleh ejennya

“Akhyar berani untuk buat masalah ini dan sekarang dia kena berani juga untuk hadapi apa yang dia dah buat. Saya akan berbincang dengan FAM untuk tahu apa bentuk tindakan yang boleh saya lakukan kepadanya.

“Saya cuba untuk dapatkan pampasan atau apa sahaja berkaitan kes ini. Tidak kiralah apa nilai pampasan itu sekali pun, saya cuma mahukan hak saya.

“Saya tidak buat untuk balas dendam, dan saya juga gunakan saluran yang betul tanpa memaki hamun ahli keluarganya atau apa sahaja. Saya dah cuba cara baik, tetapi dia tak nak layan, jadi saya terpaksa melalui FAM,” katanya yang juga merupakan antara ejen berdaftar di bawah FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN