Lepaskan Passport Britain Jika Benar Lee Tuck Mahu Jadi Pemain Tempatan

Lee Tuck

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mahu tonggak Terengganu FC, Andrew Lee Tuck melepaskan segera kerakyatan British jika pemain itu berhasrat untuk mewakili skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Stuart berkata dalam Berita Harian menjelaskan FAM sentiasa alu-alukan penglibatan pemain asing yang mempunyai darah Malaysia untuk meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan dan membantu menaikkan ranking negara.

Lee Tuck yang berdarah kacukan Malaysia-England itu baru-baru ini meluahkan hasratnya ingin beraksi mewakili pasukan Harimau Malaya seperti mana Mohamadou Sumareh yang menjadi pemain naturalisasi pertama negara.

(Kredit: FA Selangor)

Bagaimanapun beliau menegaskan badan induk itu tiada hak untuk memaksa mana-mana pemain pemain melepaskan kerakyatan mereka dan pemain itu perlu berusaha sendiri untuk memohon status kerakyatan mengikut undang-undang perlembagaan Malaysia.

“Bagi kes Lee Tuck senang sikit kerana dia adalah pemain warisan. Kalau dia nak, dia kena serah pasport dan ambil pasport Malaysia. Kami bukan pengurus Lee Tuck. Nak jadi rakyat Malaysia adalah keputusan dia.

“Macam kes Sumareh, bukan FAM tukar status dia tapi Pahang yang buat dan mereka panjangkan kepada kami,” katanya.

Jika permohonan Lee Tuck berjaya, beliau akan mengikut jejak langkah beberapa nama pemain kecukan seperti Brendan Gan (Perak), Matthew Davies ( Pahang), Kiko Insa dan Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim).

Mengulas khabar angin untuk menaturalisasikan Liridon Krasniqi, Stuart berkata, semuanya terserah kepada pasukan yang diwakilinya untuk memulakan usaha ke arah menukar status kerakyatan.

“Liridon memang tersenarai dan Tan Cheng Hoe memang sudah kenal Liridon. Apa pun kami kena tanya dan terpulang kepada jurulatih dulu.

“Untuk jadikan pemain naturalisasi bukan keputusan FAM tapi keputusan pasukan yang ambil dia. Kami tiada kuasa nak jadikan mana-mana pemain sebagai naturalisasi dan pasukan yang diwakili mereka dulu yang perlu naturalisasikan terlebih dulu,” katanya.

Liridon kini menyertai pasukan Melaka United dan berpeluang menjadi pemain naturalisasi tahun depan selepas mencukupi tempoh 5 tahun menetap di Malaysia mengikut undang-undang FIFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN