Kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) kini mengalami kecelaruan dalam misi untuk menyelesaikan masa depan pemain utama iaitu Kylian Mbappe.
Hal ini kerana, pemain itu jelas sekali tidak mahu berada di kelab tersebut lagi walaupun sebelum ini telah diberikan tawaran begitu hebat daripada pihak kelab.
Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan yang PSG bersedia untuk menawarkan kontrak selama 10 tahun kepada Mbappe termasuklah menyediakan bayaran yang cukup tinggi.
PSG dikatakan bersedia untuk membayar €1 bilion (RM5 bilion) kepada Mbappe dalam kontrak yang begitu panjang.
🚨 PSG are preparing to offer Kylian Mbappé a 10-year contract, worth over €1 billion. The Emir of Qatar himself has given the green light on the deal. 🇶🇦
(Source: @defcentral) pic.twitter.com/b3ILCyhMNG
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 21, 2023
Namun begitu, keputusan itu kemudiannya ditukar semula oleh PSG apabila mereka membuat keputusan untuk menjual Mbappe dan itu perlu dibuat segera.
Hal ini kerana, mereka jelas mahu menentang usaha Mbappe daripada menyertai Real Madrid secara percuma apabila kontraknya tamat pada 2024.
Menurut laporan Fabrizio Romano, PSG memilih untuk tidak membawa Mbappe ke jelajah Asia mereka dan ini berkemungkinan kerana faktor ingin memastikan pemain tersebut dijual serta-merta.
Malah, mereka juga mengambil pendekatan terbuka apabila akan berbincang dengan mana-mana kelab yang ingin mendapatkan pemain tersebut.
Misi PSG begitu jelas apabila mereka ingin menjual Mbappe sepantas mungkin kerana tidak mahu kehilangan pemain tersebut secara percuma pada 2024.
◉ PSG want to sell Mbappé as soon as possible.
◉ PSG won’t put any veto to any club; open to every solution.
◉ They remain convinced of agreement between Mbappé and Real Madrid.
◉ PSG begin plans without KM – including Japan/Korea tour.
🎥 More: https://t.co/c6woQlPAbA pic.twitter.com/PnkLLRk7Oo
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 22, 2023
Setakat ini, hanya ada satu kelab sahaja yang inginkan pemain tersebut dan mereka ialah Real. Kelab-kelab lain tiada sebarang laporan menzahirkan minat mendalam untuk mendapatkan Mbappe kerana harga terlalu tinggi untuk dibayar bagi mendapatkan khidmatnya.
Siapakah yang akan menang dalam pertarungan ini? Adakah Mbappe akan pergi secara percuma atau PSG berjaya ‘memerah’ wang hasil penjualannya?
Kita nantikan saja.