Lepas Kelantan, Nasib Penyokong Kedah Pula Boleh Dianggap Sangat Malang

Nasib penyokong bola sepak di negeri Kedah kini boleh dianggap cukup malang selepas apa yang telah berlaku kepada pasukan mereka sejak pertengahan musim lalu dan membawa sehingga kini.

Bermula dengan episod tunggakan gaji, pelbagai cerita-cerita tidak enak terus dijaja selepas itu untuk mempamerkan sisi gelap pasukan tersebut dalam dunia bola sepak di Malaysia.

Ianya seolah mengulangi apa telah menimpa Kelantan The Red Warriors (TRW) pada tahun lalu yang ditimpa pelbagai kisah negatif sehingga membawa kepada kehancuran sebuah empayar yang dibina oleh Norizam Bin Tukiman (Zamsaham).

Ketika ini, Kelantan sah tidak akan lagi mewarnai bola sepak tempatan apabila mereka bukan sahaja tidak layak untuk saingan Liga Super, malahan aksi di kejohanan Semi-pro.

Persoalan timbul ketika ini, adakah Kedah bakal mengulangi detik hitam pasukan tersebut pada musim ini jika dilihat kepada pelbagai cerita duka dihadapi mereka.

Masih tiada penaja utama

Sang Kenari ketika ini dilaporkan masih lagi belum memiliki penaja utama mereka untuk saingan musim 2024/2025 dengan hanya tajaan-tajaan kecil sahaja diterima kini.

Malah, kantung kewangan pasukan tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan cukup berbahaya dan tidak mampu untuk terus bergerak sehingga ke penghujung musim seperti diakui oleh pemilik kelab, Tan Sri Dr. Daud Bakar.

Agak menyedihkan apabila mereka bermula dengan sangat baik pada tahun lalu bawah empayar Dr. Daud Bakar selepas Sang Kenari menerima tajaan syarikat berprestij dari luar negara sebelum tampil sangat suram musim ini.

Masih tiada jersi rasmi

Kedah menjadi satu-satunya pasukan kini yang masih belum memiliki jersi rasmi mereka untuk persaingan musim 2024/2025 selepas kelab lain sudah pun memperkenalkan sejak sekian lama.

Ketika ini, Sang Kenari hanya mengenakan jersi pramusim mereka dan masih tiada pengesahan bila pakaian rasmi mereka bakal diperkenalkan lagi pada masa hadapan.

Permintaan peminat ketika ini sangat tinggi jika dilihat menerusi media sosial untuk mendapatkan jersi rasmi, dan ada sesetengahnya tampil pasrah jika Kedah terus menggunakan pakaian pramusim sahaja.

Keputusan perlawanan negatif

Tiga perlawanan diharungi tanpa sebarang mata walaupun mendapat kemenangan, pastinya sedikit sebanyak memberi imej buruk buat skuad kendalian Nafuzi Zain ketika ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Apa tidaknya mereka mencatat kemenangan pada aksi sulung ketika bertempu PDRM, namun tiada sebarang mata diberikan kerana didenda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas kesalahan lalu dibuat.

Bersambung pada aksi kedua serta ketiga, Sang Kenari mencatat kekalahan berturut-turut di tangan Selangor serta terbaharu kepada Perak selain menampilkan aksi kurang menyakinkan.

Penutup

Penutup kepada kisah duka Kedah kini, ada laporan terbaharu menyatakan pasukan tersebut sebenarnya bakal mendapat tajaan baharu serta mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

Walaupun masih belum ada kesahihan rasmi, ianya sedikit sebanyak mampu melegakan hati para penyokong mereka yang tidak rela melihat skuad Hijau Kuning menerima nasib sama seperti dihadapi oleh Kelantan.

Malah, laporan terbaharu menyatakan Dr. Daud Bakar bakal mengadakan sesi sidang media sebentar nanti dan diharapkan ia bakal membawa arus perubahan positif buat Sang Kenari.

Semoga nasib Sang Kenari kembali terbela dan amat menyedihkan jika mereka juga menjadi antara kelab yang ‘menghilang’ musim ini kerana seperti diketahui Kedah antara pasukan kaya dengan sejarah dan legasi tersendiri dalam negara.

Kredit Foto: Aizat Fadziya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN