Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata yang ketika Hakimi Abdullah meledak gol, mereka merasakan pasukan akan bangkit untuk membuat ‘comeback’.
Sekurang-kurangnya, mereka boleh membawa pulang satu mata daripada perlawanan ini, jika gagal untuk mengalahkan Penang FC. Begitupun, gol Hakimi Abdullah itu hanya mampu bertahan enam minit apabila pelawat bangkit dengan dua gol pantas.
Penang mendahului dua gol dalam babak pertama sebelum pemain muda meningkat naik, Hakimi Abdullah meledak gol pertama tuan rumah di minit ke-59. Dalam kelekaan untuk memburu jaringan penyamaan, pemain-pemain Terengganu dihukum.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu 1-4 @fa_penang
Penang FC memintas Terengganu FC di kedudukan ketiga Liga Super dengan kemenangan ini.
Sheriddin Boboev, Endrick dan Casagrande (2 gol) menyumbang gol Penang, manakala Hakimi Abdullah membalas untuk tuan rumah.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/ay66LBytcw
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 1, 2021
Casagrande muncul meledak dua gol dalam tiga minit, enam minit selepas jaringan Hakimi Abdullah dan mungkin itu yang menoktahkan terus kebangkitan mereka.
Mungkin mereka terlalu ‘membuka’ perlawanan ketika bersungguh-sungguh membuat tekanan terhadap lawan di babak kedua dan ini diakui oleh Nafuzi Zain sendiri.
“Penang memanfaat peluang untuk jaringan. Mereka bukan pasukan yang membuat gerakan dan mencipta peluang. Dua gol terakhir itu daripada counter attack, mungkin sebab kita terlalu naik ke depan untuk mencari gol dan kita buat kesilapan di belakang.
“Permulaan babak kedua, kita rasa kita bermula dengan baik. Kita bagi tekanan, tingkat tempo bagi lagi pantas menyerang. Kita yakin kita boleh comeback, tetapi kita terlepas dua gol mudah daripada kesilapan kita sendiri,” tegas Nafuzi Zain sejurus aksi.
MSL MATCHDAY SQUAD AGE (LS10)
Berikut dikongsikan carta purata umur & beberapa info menarik sepanjang pusingan ke-10 Liga Super Malaysia 2021. #MSL21 #OptaJ #LS10 pic.twitter.com/1aX9ZD8fpK
— OptaJ (@OptaJ_Analytics) April 26, 2021
Nafuzi Zain turut menekankan kepentingan untuk para pemainnya meneruskan rentak kemenangan. Sebagai skuad yang muda, katanya, masalah itu yang membelenggu mereka sebagaimana ketika di awal musim lalu, mereka pernah kehilangan rentak.
“Bagi saya konsistensi itu penting. Mungkin selepas kita menang lawan JDT, harapan penyokong jadi terlalu tinggi. Tiada pemain yang overconfident. Mereka masih dalam proses untuk mendapatkan konsisten. Keseluruhannya pemain Terengganu adalah pemain muda, jadi benda ini semua proses [pembelajaran] untuk mereka.
“Tahniah Penang. Mereka telah tunjukkan yang mereka adalah pasukan yang bagus dalam semua aspek,” ucap pengendali berusia 42 tahun itu lagi di sidang media.
Kekalahan 1-4 kepada Penang di halaman sendiri ini merupakan yang pertama sejak musim 2008 dan kekalahan mengejut ini juga menyaksikan Terengganu terpaksa turun satu anak tangga ke kedudukan ke-4 dengan 21 mata, satu mata di belakang Penang.
KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC
Baca lagi artikel lain mengenai Nafuzi Zain dan Terengganu FC:
Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?
Adakah Komen Sinis Aidil Sharin Ini Untuk ‘Tindakan’ Nafuzi Zain?
2 Perubahan Yang Bangkitkan Terengganu FC Untuk Atasi UiTM FC