Jersi yang Lionel Messi pakai ketika beraksi bersama Paris Saint Germain bertemu Angers dalam aksi saingan Ligue 1 telah dilelong dan turut mencatat jualan memecah rekod.
Lionel Messi kembali beraksi bersama PSG selepas kejayaan beliau memimpin Argentina untuk menjuarai gelaran Piala Dunia di Qatar pada bulan lalu.
Legenda Argentina itu turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dahsyat ketika beraksi semula untuk PSG selepas kembali dari tugasan antarabangsa.
🚨 AMAZING! PSG have decided to auction the jerseys worn by their players during the match against Angers.
The shirt worn by Messi was sold to a Chinese customer for the insane sum of 43,623 euros! 😳🤑 pic.twitter.com/J7ZRr0IBEA
— Olt Sports (@oltsport_) January 17, 2023
Beliau terlibat untuk gol pertama PSG dalam perlawanan tersebut dan turut cemerlang meledak gol kedua mereka untuk menewaskan Angers 2-0.
Menurut sumber laporan dari media Perancis, Le Parisien, jersi yang Messi pakai dalam perlawanan itu telah dilelong dalam satu majlis lelongan dan hasil jualan jersi tersebut sangat mengejutkan.
Jersi tersebut berjaya dijual dengan harga €43,623 dan ia sebenarnya satu nilai yang sangat tinggi.
Jersi yang dipakai oleh Messi itu merupakan salah satu dari 18 jersi yang dilelong pada hari itu dengan jersi milik bintang Argentina itu telah dibeli oleh pembida dari China.
🚨 AMAZING! PSG have decided to auction the jerseys worn by their players during the match against Angers.
The shirt worn by Messi was sold to a Chinese customer for the insane sum of 43,623 euros! 😳🤑 pic.twitter.com/bsJu5AMbLy— AiScore (@aiscoreofficial) January 16, 2023
Laporan sama turut menjelaskan yang pembida dari China itu memulakan bidaan bernilai €22,000 untuk dapatkan jersi tersebut dan beliau memenangi bidaan itu selepas membuat tujuh bidaan.
Selain jersi Messi, jersi yang dipakai oleh Kylian Mbappe dan Neymar ketika beraksi bersama PSG bertemu Lens dan Strasbourg turut dilelong pada hari tersebut.
Hasil jualan jersi Mbappe dan Neymar jauh dibelakang Messi walaupun ramai yang turut berminat mahu mendapatkan jersi mereka.
Jersi bintang Brazil itu hanya mampu dijual dengan harga €7,894 sahaja, sementara dua helai jersi Mbappe berjaya dijual dengan harga €14,083 dan €15,017.
Pada November tahun lalu, PSG sendiri ada mengumumkan yang mereka akan memberi peluang kepada peminat untuk membida jersi para pemain dan hasil jualan jersi tersebut akan disalurkan ke tabung derma pilihan kelab.
Lionel Messi's match-worn PSG shirt against Angers sells for a record-breaking €43,623 at auction – the details. (LP)https://t.co/8Dkkt8Isse
— Get French Football News (@GFFN) January 17, 2023
Pengarah pemasaran jenama kelab, Fabien Allegre ada menyatakan bahawa:
“Jersi adalah simbol terbesar yang menunjukkan rasa sayang dari peminat kepada kelab dan kepada pemain sendiri. Bagi kami sendiri pula ia adalah simbol kebanggaan, semangat dan harapan.”
“Dengan insiatif terbaru ini, pihak kelab menawarkan kepada semua penyokong untuk memiliki barang unik yang ada emosi serta hubungan yang sangat rapat dengan pemain kegemaran mereka sendiri.”
PSG akan kembali memulakan aksi mereka pada minggu hadapan dengan gergasi Perancis itu dijadualkan bakal bertemu bintang-bintang dari saingan liga Arab Saudi yang menggabungkan pemain dari kelab Al Nassr dan Al Hilal.
🚨 AMAZING! PSG have decided to auction the jerseys worn by their players during the match against Angers.
The shirt worn by Messi was sold to a Chinese customer for the insane sum of 43,623 euros! 😳🤑 pic.twitter.com/fzQ4s7OrNi
— FOOTBALL UNIT (@Footballunit1_) January 17, 2023
Memandangkan Cristiano Ronaldo kini sedang beraksi bersama Al Nassr, maka peminat sepertinya bakal berkesempatan untuk melihat Messi dan beliau kembali berseteru di atas padang dalam perlawanan tersebut.