Lelaki Ini Kumpul Khazanah Berharga, Miliki Jersi Pasukan Perak Bermula Tahun 1989

Jersi pasukan

Minat yang mendalam terhadap bola sepak bukan sahaja dapat dicurahkan dengan menonton serta menyokong perlawanan pasukan kesayangan masing-masing sahaja tetapi juga ada yang berusaha dalam mengumpul jersi pasukan mereka.

Malah terdapat juga segelintir peminat sanggup untuk menghabiskan ribuan ringgit bagi mengumpul koleksi jersi yang diinginkan.

Wakil Semuanya BOLA sempat untuk menemui salah seorang daripada wakil komuniti pengumpul tegar jersi pasukan Liga Malaysia dan beliau adalah Encik Syed Shahrul Nizam dari Perak.

Peminat pasukan ‘Yob’ yang menetap di Ipoh ini mempunyai lebih daripada 160 koleksi jersi pasukan Perak bermula dari tahun 1989.

Antara koleksi jersi Perak yang dimiliki Syed Shahrul Nizam.

Bermulanya minat mengumpul jersi Perak

Kisahnya bermula apabila beliau menerima sehelai jersi Perak jenama Hi-Tec milik Nidzam Adha Yusof dari seorang sahabatnya yang merupakan jiran kepada pemain legenda yang pernah beraksi bersama Perak sekitar tahun 1989 hingga 1992 tersebut.

Ketika itu Syed Shahrul Nizam baru berusia 14 tahun. Sejak daripada pemberian sahabatnya itu, beliau berhasrat untuk membuat koleksi jersi Perak buat simpanannya.

Cara mendapatkan koleksi jersi 

Menurut beliau, hampir 80% daripada koleksi yang dimilikinya ketika ini adalah hasil pemberian daripada bekas pemain Perak sendiri.

Jersi pemberian dari pemain atau sering disebut ‘match worn’ dalam kalangan komuniti pengumpul jersi adalah jersi yang sangat dicari oleh mereka kerana bilangannya yang sangat terhad terutamanya bagi edisi awal tahun 90-an.

Terdapat juga jersi yang dibeli oleh pengumpul tegar yang kini telah berusia 40 tahun ini daripada pengumpul jersi yang lain.

Menurut beliau, jersi termahal yang pernah dibeli olehnya adalah kepunyaan Yusri Che Lah bagi musim 2003 dengan harga RM 2,000.00.

Semua koleksi yang beliau miliki telah disusun dan disimpan dengan rapi di mini galeri jersi dirumahnya.

Jersi paling mahal yang dibeli oleh beliau.

Pernah mendapat penghargaan dari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)

Hobi yang memerlukan kos yang tinggi serta pengorbanan masa yang banyak ini turut mendapat perhatian pihak PAFA apabila menjemput dan memberikan peluang kepada Syed Shahrul Nizam untuk mempamerkan kepada umum sebahagian koleksi yang dimilikinya pada majlis memperkenalkan pemain pasukan Perak musim 2015 di The PORT, Ipoh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN