“Leka, Tidak Fokus” – Nafuzi Akui Kecewa Terengganu Mudah ‘Bocor’ Di Likas

Nafuzi Zain Terengganu Sabah

Hadir ke Stadium Likas, Kota Kinabalu dengan misi membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata, pengendali Terengganu, Nafuzi Zain akur pasukannya terpaksa menelan kekalahan 2-1 kepada Sabah dalam aksi Liga Super.

Walaupun skuad Penyu terlebih dahulu cemerlang membuka jaringan pada penghujung separuh masa pertama menerusi jaringan Manuel Ott, namun Sabah bangkit untuk menceriakan penyokongnya dengan dua gol oleh Park Tae-Su dalam tempoh lapan minit pada lewat permainan.

Kemenangan di tempat sendiri itu mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu di tangga kedua liga dengan 25 mata selepas 12 perlawanan. Terengganu pula jatuh ke tangga kelima selepas dipintas oleh Kedah.

Bercakap kepada pihak media selepas perlawanan, Nafuzi mengakui kelekaan pemainnya dalam mengekang ancaman Sabah menerusi ‘set-pieces’ menjadi punca utama dan kekalahan dan pastinya ia merupakan aspek yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.

“Secara keseluruhan dari segi persembahan untuk malam ini, kita bermain dengan agak bagus. Di awal permulaan itu kita mungkin sedikit mendapat ancaman daripada Sabah melalui hantaran jauh, hantaran lintang apa semua,” ujar jurulatih berusia 43 tahun itu.

“Tapi selepas 20 minit kita dapat kawal situasi dan rentak bermain. Permulaan separuh masa kedua kita pun baik, cuma kelekaan sedikitlah yang menyebabkan kita terkena dua gol melalui ‘set-piece’.

“Jadi kita tahu daripada situ kita perlu lebih fokus kerana kita tahu itu adalah kelebihan Sabah. Kita tengok sebelum-sebelum ini pun dah berapa jaringan mereka lakukan melalui ‘set-piece’.”

Beliau turut menegaskan bahawa para pemain harus berhati-hati daripada melakukan sebarang kesilapan meskipun kecil kerana ia akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk menghasilkan jaringan.

“Saya rasa untuk aksi malam ini kita kecewa sebab tewas, tapi saya rasa dengan cara bermain seperti ini kita sepatutnya boleh pulang dengan mata. Tapi apa pun dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi,” tambahnya lagi.

“Dari segi pemain, saya rasa semuanya telah beri yang terbaik. Cuma bola sepak ini adalah permainan yang jika kita buat silap sedikit akan dihukum. Sabah gunakan kelebihan mereka dari segi set-pieces, hantaran lintang, situasi bola mati. Mereka gunakan sepenuhnya dan kita leka di situ.”

Untuk aksi Liga Super seterusnya, Terengganu bakal berdepan Negeri Sembilan pada 27 Julai ini di tempat lawan sebelum menanti kunjungan PJ City lima hari kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN