Penyerang Celtic, Leigh Griffiths digantung satu perlawanan oleh UEFA akibat provokasi terhadap penyokong yang telah dilakukannya.
Insiden itu terjadi dalam perlawanan pertama Pusingan Kelayakan Kedua UEFA Champions League 2017-18 ketika bertemu pasukan dari Ireland Utara, Linfield FC di Windsor Park.
Dalam kejadian itu beliau telah mengikat mafla kelabnya di salah satu tiang gol. Ternyata tindak-tanduk Griffiths itu menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah .
Penyokong Linfield yang berang dengan perlakuan Griffiths itu melakukan tindak balas dengan membaling beberapa barangan ke dalam padang. Termasuk botol kaca! Mujurlah pemain itu tidak cedera.
Aura perlawanan ini panas kerana Linfield mempunyai persamaan dengan musuh tradisi Celtic, Rangers. Malah, kelab gergasi Scotland ini sanggup menolak kuota tiket perlawanan tempat lawan.
Denda
Celtic didenda £4000 disebabkan tindakan pemainnya itu disamping akibat menerima 5 kad kuning dalam perlawanan tersebut.
Linfield turut dikenakan tindakan iaitu denda sebanyak £9000 akibat perlakuan para penyokong ketika perlawanan pertama itu. Malah, kelab Ireland Utara itu juga diarahkan menutup salah satu kawasan tempat duduk dalam perlawanan kejohanan Eropah.
Tidak cukup dengan itu, Celtic bakal berdepan tindakan terbaru akibat penyokong mereka memaparkan sepanduk provokasi ketika perlawanan kedua di Celtic Park.
Pada perlawanan kedua, Celtic mengukuhkan kedudukan apabila menang 4-0 bagi menjadikan aggregate 6-0.
Rosenborg dari Norway akan bertemu gergasi Scotland itu di pusingan ketiga.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Leigh Griffiths: Celtic striker banned by UEFA for ‘provoking spectators’; http://www.bbc.com/sport/football/40671971
- BBC Sport (2017): Celtic face UEFA charge over ‘illicit banner’ against Linfield; http://www.bbc.com/sport/football/40674198