Pengurus Leicester, Brendan Rodgers menyatakan keputusan seri semalam adalah petanda bahawa mereka sudah patut melupakan persaingan kejuaraan liga.
Leicester berhempas pulas untuk bangkit menentang Norwich dalam aksi EPL semalam.
Dalam sepak mula yang lebih awal, pasukan Liverpool menang 2-0 ke atas Watford.
The Foxes masih kekal di belakang Liverpool. Namun jurang mata kini menjadi 10 mata daripada Liverpool.
Bercakap kepada wartawan tentang prospek persaingan kejuaraan liga, Rodgers berkata: “Itu bukan perkara yang kami mahu bincangkan, sebaliknya orang lain.”
“Para pemain kami sangat luar biasa. Apabila seri mereka sangat kecewa. Kami hari ini tidak bermain pada tahap terbaik, namun masih mampu bangkit daln mendapat 1 gol.”
“Kita akan menekan butang untuk berehat selepas ini. Kita mempersiapkan diri untuk Piala Carabao pada Rabu menentang Everton di tempat lawan.”
Norwich City bermain sangat baik dan mendahului menerusi Teemu Pukki selepas hantaran oleh Emiliano Buendia.
Namun jaringan itu hanya bertahan 12 minit. Penyerang sensasi dan pendahulu senarai kasut emas, Jamie Vardy menyamakan kedudukan menerusi satu tandukan kemas.
Kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang untuk menambah gol, tetapi mereka gagal melakukannya.
Agak malang juga untuk skuad Kenari kerana mereka kehilangan Teemu Pukki yang cedera patah jari kaki.
Norwich manager Daniel Farke has confirmed that striker Teemu Pukki suffered a broken toe during Saturday's 1-1 draw at the King Power Stadium.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 14, 2019
Perlawanan berakhir seri 1-1. Leicester kekal di tangga kedua dengan 39 mata. Sementara Norwich masih di zon penyingkiran di tangga ke-19. Mereka hanya mengutip 12 mata selepas 17 perlawanan.