Serie A: Debut Gatusso Berakhir Kekalahan Kerana Jaringan Gervinho Pada Masa Kecederaan

Gennaro Gattuso memulakan karier di Napoli dengan cara yang beliau sendiri tak sanggup nak ingati.

Gatusso memulakan tugas dengan segera di Napoli selepas pemecatan Ancelotti.

Gatusso sebelum ini pernah menjadi pengurus AC Milan. Namun terpaksa melepaskan jawatan di San Siro itu kerana kegagalan membawa AC Milan ke UCL.

Dalam aksi debut bersama Napoli dalam aksi Serie A, Gatusso menghadapi cabaran pertama dari Parma. Ianya debut yang serba tak kena dan tidak memihak kepada beliau.

Pasukannya ketinggalan seawal minit keempat menerusi Dejan Kulusevki.

Dan tidak lama selepas itu, pertahanan terbaik Serie A musim lalu, Kalidou Koulibaly pula diusung keluar padang kerana kecederaan.

Arkadiusz Milik menyamakan kedudukan untuk Napoli pada minit ke-64.

Dan pada masa kecederaan, bekas bintang Arsenal, Gervinho menghadiahkan Gatusso kekalahan sulung dalam aksi sulungnya bersama dengan Napoli.

Napoli menguasai sebahagian besar perlawanan ini dengan melakukan 33 percubaan ke arah gol. Namun hanya 1 yang menghasilkan gol.

Napoli memiliki penguasaan bola sebanyak 72% di dalam perlawanan ini. Namun ianya belum cukup untuk membolehkan beliau menang.

Kekalahan ini menolak Napoli jatuh ke tangga kelapan. Mereka masih tidak menang sebarang perlawanan liga dalam 8 perlawanan terakhir.

Dan pasukan yang memintas mereka naik ke tangga ketujuh adalah Parma. Pasukan Parma adalah pasukan yang mereka tentang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN