Leicester merapatkan jurang mata dengan Liverpool dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Leicester menang 4-1 ke atas Aston Villa untuk meneruskan rentak kecemerlangan mereka.
Leicester kini berada 8 mata di belakangan Liverpool. Kemenangan 4-1 di Villa Park hasil jaringan Jamie Vardy, Kelechi Iheanacho dan Jonny Evans at Villa Park.
Manakala jaringan saguhati pasukan tuan rumah hanya menerusi Jack Grealish.
Leicester mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut untuk mencipta rekod tebaru kelab. Mereka memecahkan rekod terbaik pada 1962/63.
Selain daripada itu, Jamie Vardy kini sudah menjaringkan gol dalam 8 perlawanan EPL berturut-turut. Beliau juga sudah meledak sebanyak 16 gol musim ini.
Beliau berada dalam prestasi terbaik pada musim ini untuk membantu Leicester kembali berada di pentas persaingan EPL.
Leicester City have more points at this stage in the season than their title-winning season. 🔵 pic.twitter.com/KpOIFrspmJ
— B/R Football (@brfootball) December 8, 2019
Leicester turut memastikan mereka kini berada 6 mata di atas Manchester City. Ini selepas Man City tewas 1-2 di tangan Manchester United.
Seterusnya, Brendan Rodgers kelihatan semakin hampir untuk membawa pasukan itu kembali ke pentas UCL pada musim hadapan.
Perlawanan boxing day pastinya menjadi menarik apabila Leicester akan bertandang ke Anfield.
Liverpool and Leicester City are first and second in the Premier League.
The title race you didn't see coming 🔥 pic.twitter.com/NeZj1c0ujv
— B/R Football (@brfootball) December 8, 2019
Sementara itu, untuk Aston Villa, kekalahan ini membuatkan mereka sama mata dengan pasukan di zon penyingkiran.
Ia pasti memberikan tekanan kepada pengurus mereka selepas berbelanja besar pada awal musim.