Leicester Benarkan Pemain Denda Chilwell & Choudhury Kerana Isu Profesional

Ben Chilwell dan Hamza Choudhury telah didenda oleh rakan sepasukan di Leicester City pada minggu lalu selepas tiba lambat untuk latihan.

Pihak kelab tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemain tersebut. Tetapi Leicester membenarkan protokol dalaman yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan di dalam skuad.

50% peratus daripada jumlah denda tersebut akan diserahkan untuk majlis Krismas, dan baki 50% pula akan diserahkan kepada Yayasan Vinchai Srivaddhanaprabha.

Pengurus pasukan, Brendan Rodgers juga dikatakan tidak gusar mengenai sikap kedua-dua pemain, dan ketiadaan kedua-dua pemain dalam perlawanan menentang Burnley pada Ahad lalu juga bukan hukuman.

Rodgers pada sidang media sebelum perlawanan berkata beliau sudah menemui kedua-dua pemain dan telah menerima alasan Chilwell dan Choudhury mempunyai perkara peribadi untuk diselesaikan yang menyebabkan kelewatan ke latihan.

“Ia adalah perkara yang akan berlaku di setiap kelab,” kata Rodgers.

“Ia adalah kesalahan kecil. Kedua-dua pemain gagal menyertai latihan yang amat penting. Ia [kes] dikendalikan secara dalaman. Perkara ini tidak perlu diwar-warkan.

“Mereka adalah pemain muda, dan pemain muda akan melakukan kesilapan. Perkara itu akan dilihat, kedua-dua pemain kemudian dipanggil, dan kemudian setiap orang akan meneruskan hidup masing-masing.

“Anda harus sentiasa bersedia. Mereka telah mempelajari sesuatu dari hal ini. Mereka adalah pemain muda yang baik.”

“Akan ada dua jenis pemikiran. Pemikiran secara sosial, dan juga pemikiran yang profesional. Jika anda memiliki pemikiran profesional, maka anda sedar mereka adalah pemain yang bagus.

“Anda akan sentiasa cuba mendidik pemain mengenai jenis pemikiran apabila kelab dilihat sebagai kelan yang sedang berkembang.

“Kelab ini memiliki beberapa pemain senior dengan cara pemikiran pemain yang bagus. Seperti Evans, Schmeichel, Morgan, Fuchs, James, Albrighton. Anda harus mendidik pemain yang lebih muda. Untuk mewujudkan satu aras di mana perkara lain lebih rendah tidak boleh diterima di sini.”

Bagi Brendan semua itu adalah salah satu usaha untuk membentuk kecemerlangan di kalangan pemain di Leicester. Bahawasanya pemain harus serius untuk mempersiapkan diri dan pasukan menjelang perlawanan, dan tidak boleh terlepas latihan.

.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN