Legia Warsaw Bakal Bermain Di Dalam Stadium Kosong Kerana 6 Pertuduhan Salah Laku

Legia Warsaw mungkin sudah berkira-kira untuk mendapat durian runtuh daripada jualan tiket dan juga publisiti apabila menentang Real Madrid selepas ini.

Namun, malangnya mereka mungkin akan berhadapan dengan tindakan tegas oleh UEFA kerana banyak isu yang berkaitan salah laku penyokong dan keselamatan.

Ramai pihak mengagumi tifo dan pyro yang dihasilkan oleh ultras Legia Warsaw untuk meraikan kehadiran semula mereka dalam UCL selepas 20 tahun.

csvrddfwyaavbnx

Mereka tewas dalam perlawanan yang berkesudahan mereka tewas 0-6 di tangan Dortmund.

UEFA Ambil Tindakan!

Seperti yang sudah dijangka, pesta ‘suar’ ini pasti akan mengundang kontroversi dan tindakan daripada UEFA. Lebih malang apabila terdapat banyak lagi salah laku lain yang dilakukan oleh mereka.

Setakat ini UEFA menerima 6 aduan ke atas penyokong-penyokong Legia Warsaw iaitu:

1. Gangguan daripada peyokong sepanjang perlawanan.

2. Membakar suar (flare)

385b48e700000578-3790089-image-a-25_1473898069339

3. Membaling objek

4. Pengurusan stadium yang lemah

5. Kelakukan rasis

6. Laluan tangga yang terhalang

Keterangan Salah Laku

Pertuduhan 1-5 adalah di bawah Artikel 16 – Panduan Disiplin UEFA. Manakala pertuduhan no.6, laluan tangga yang terhalang adalah di bawah Akta 38, Peraturan Keselamatan UEFA.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris di Sepanyol, AS, melaporkan terdapat insiden pergaduhan di antara penyokong. Ada sekelompok penyokong Legia Warsaw menceroboh kawasan penyokong Dortmund dan menyembur pepper spray.

download

Kemudian sekumpulan Ultras Legia membaling suar ke arah petugas keselamatan stadium sehingga mengakibatkan kecederaan. Mereka (petugas keselematan) turut disembur dengan pepper spray.
legia

UEFA turut menyiasat insiden yang melibatkan penyokong Borrusia Dortmund yang turut terlibat dalam salah laku membakar suar dan membaling objek ke dalam padang.

Lembaga Anti Diskiriminasi UEFA (FARE) turut menerima aduan adanya sorakan yang berbaur anti-semitisme.

Pada tahun 2014, pasukan dari Poland ini pernah dikenakan tindakan untuk bermain 2 perlawanan di stadium kosong kerana kesalahan rasis.

Ini adalah kesalahan kali kedua mereka. Mereka mungkin akan dikenakan tindakan lebih berat. Hukuman paling minima untuk kesalaha ini adalah bermain 1 perlawanan di stadium kosong dan denda sekurang-kurangnya €50,000.

legia-warsaw-1474097023-800

UEFA akan mengumumkan hasil siasatan dan tindakan yang bakal diambil pada 29. September ini.

Baca juga: 5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN