Legenda Terengganu Issey Nakajima-Farran Kini Bersara

Issey Nakajima-Farran

Bekas pemain Terengganu, Issey Nakajima-Farran kini telah disahkan tidak lagi terlibat dengan bola sepak profesional.

Ianya susulan tindakan beliau untuk bersara sebagai pemain selepas lama berkhidmat untuk pelbagai kelab.

Laman rasmi bola sepak Kanada melaporkan yang Nakajima-Farran kini telah bersara selepas menjadikan CF Cubelles di Sepanyol sebagai kelab terakhir diwakilinya.

Malah, pemain yang mempunyai darah campuran Jepun ini juga pernah bermain untuk pelbagai kelab di serata dunia seperti Albirex Nigata (Jepun), Vejle Boldklub (Denmark), Brisbane Roar (Brisbane Roar) dan banyak lagi.

Paling diingati oleh penyokong bola sepak tempatan adalah tempoh beliau bersama-sama Terengganu dari tahun 2015 hingga 2017.

Walaupun tidak berjaya menghadiahkan sebarang kejuaraan kepada Terengganu, tetapi etika profesionalisme serta kualitinya membuatkan penyokong Penyu begitu sukakan pemain ini.

Malah, Issey juga pernah mengotakan janjinya untuk kekal di Terengganu selepas mereka dijatuhkan daripada Liga Super ke Liga Premier.

Issey memilh untuk kekal dan membantu Terengganu memperoleh gelaran naib juara Liga Premier untuk kembali ke saingan utama Malaysia.

Beliau juga pernah bermain untuk Pahang selama semusim sebelum berhijrah semula ke Kanada.

Selain Malaysia, Jepun, Denmark dan Australia, Issey juga pernah beraksi di England, Singapura serta Cyprus termasuklah Kanada.

Di Kanada, Issey pernah mewakili Toronto FC, Montreal Impact serta Pacific FC.

Bersama-sama skuad kebangsaan, Issey merakamkan 38 penampilan termasuk pernah beraksi dalam tiga pusingan kelayakan Piala Dunia.

Paling diingati adalah persembahannya ketika CONCACAF Gold Cup yang menyaksikan Issey membantu Kanada berjaya mara sehingga separuh akhir.

Selamat bersara buat Issey Nakajima-Farran. Ada masa nanti datanglah Malaysia ya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN