Legenda Silat Kecewa KJ Suruh Bekas Pemain ‘Duduk Muzium’

Pesilat legenda Malaysia, Zakri Ibrahim mendesak Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menarik baik kenyataan yanga agak kasar ditujukan kepada legenda bola sepak yang pernah mengharumkan Malaysia.

Sebelum ini KJ memberitahu bahawa bekas pemain yang suka mengkiritik patut duduk di muzim sahaja dan biarkan generasi baru buat kerja dalam pentadbiran bola sepak.

Ianya selepas Jamal Nasir mengkritik JDT yang menjadi punca kepada kemerosotan pasukan kebagsaan kerana ramai sangat pemin diperap oleh mereka.

Jawapan balas KJ yang mahukan bekas pemain bola sepak duduk di muzium ini agak menyinggung perasaan Zakri Ibrahim yang pernah menjadi juara dunia acara silat pada tahun 2000. Zakri berkata:

“Apabila menteri kita selamba kata ‘cam tu’ khas untuk bola sepak, tetapi kami sebagai bekas atlet turut berasa tempiasnya.”

“Beliau seharusnya perlu berhati-hati membuat sebarang kenyataan. Jangan main lepas cakap.”

“Kami bukan ingin menghentam. Hanya untuk kongsi pengalaman. Nak terima atau tidak, terpulanglah. Tetapi janganlah kata kami penghuni muzium.”

“Apa yang beliau katakan itu hanya akan menjatuhkan imej sukan negara. Apalah sangat pengorbanan bekas atlet ini semua apabila jasa kita hanya diperah untuk imej beliau selepas itu.”

Sumber

Mstar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/10/21/zakri-kj/#e5UxLGdfFPbKyplG.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN