Pertama Kali Saya Melihat Pemain Saya Berperangai Seteruk Ini

Jose Mourinho tidak mampu menggambarkan kekecewaan beliau dengan sikap pemain-pemain beliau di dalam padang dalam perlawanan menentang Huddersfield.

Manchester United kalah buat pertama kali musim ini di tangan pasukan Huddersfield. Mereka pastinya meletakkan perlawanan ini dalam senarai untuk menang. Ini untuk terus mengejar Manchester City.

Tamat perlawanan, Jose Mourinho berkata:

“Tadi saya dengar temu ramah Hererra, dia menyatakan sikap dan keinginan mereka (pemain) sangat teruk.”

“Ya Tuhanku! Apabila pemain sendiri menyebut sebegitu, saya rasa mereka harus pergi ke sidang media dan jelaskan sendiri hal itu. Saya tidak mampu nak jelaskan apa-apa.”

Mourinho memuji aksi pasukan lawan dalam perlawanan ini:

“Lawan kami bermain dengan cara yang saya inginkan. Mereka keluarkan semua yang mereka ada. Itu yang sepatutnya. Mereka bermain dengan segalanya, agresif, keinginan, motivasi dan bekorban.”

“Pasukan yang layak menang telah menang. Kekalahan ini adalah kerana sikap pemain. Jika kalah, saya suka pasukan saya kalah kerana pasukan lawan lebih baik daripada kita, ataupun lebih kualiti.”

“Tetapi bukannya kalah kerana sikap, ianya teruk!”

“Sudah pastinya saya kisah dengan kekalahan ini. Apa yang berlaku hari ini berpotensi terjadi lagi esok. Kesilapan itu adalah datang daripada konteks.”

“Jika kita bermain baik dan kalah kerana kesilapan, bolehlah kita tuding jari kepada kesalahan itu. Tetapi, hari ini, kes kami berbeza.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN