Legenda Penang Luah Rasa Kecewa Lihat Prestasi Semasa Bekas Pasukannya

Bekas pemain serta jurulatih Penang, Merzagua Abderrazak meluahkan rasa kecewa beliau selepas melihat prestasi semasa pasukan tersebut kini dalam saingan Liga Super 2023.

Penang sekali lagi menampilkan musim suram beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan seolah-olah kini mereka kembali mengulangi episod tahun lalu dengan negatif.

Walaupun membuat pelbagai rombakan baharu termasuk untuk jendela perpindahan kedua dalam kalangan pemain, prestasi semasa pasukan tersebut dianggap tidak berubah dan kekal mengecewakan dalam kalangan penyokong mereka sendiri.

Terbaharu, Penang mencatat kekalahan 0-3 di tangan PDRM bagi aksi Liga Super, selepas tampil dengan begitu longlai pada perlawanan tersebut sehingga mencetuskan rasa kecewa buat Merzagua.

Lima perlawanan terakhir Penang ketika ini menyaksikan mereka konsisten mencatat kekalahan termasuk dalam aksi Piala Malaysia 2023 kepada Kuala Lumpur City (KL City).

Malah mereka turut mencatat jumlah 13 kali dibolosi serta hanya merekodkan dua jaringan sahaja untuk membuktikan betapa kritikalnya Penang ketika ini.

Jelas Merzagua di Facebook, beliau terkejut selepas melihat aksi ditampilkan oleh Penang dengan begitu ketara jurang kualiti dipamerkan oleh pasukan tersebut berbanding PDRM.

Malah, Merzagua turut mempersoalkan tentang keinginan pasukan itu untuk beraksi serta mustahil buat Penang ketika ini bagi mencapai kemenangan dicari.

“Saya menyaksikan sendiri perlawanan tersebut serta sangat terkejut selepas melihat tahap semasa dimiliki oleh Penang dan keadaan semasa pasukan jelas sangat berterabur.

“Jika tiada keinginan dipamerkan oleh pasukan tersebut untuk beraksi, adalah mustahil untuk meraih kemenangan dicari?” luah Merzagua di Facebook milik beliau semalam.

Untuk rekod, Merzagua bukan lagi suatu nama yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia selepas sudah mencipta kejayaan tersendiri bersama Penang.

Ketika karier beliau selaku pemain import Penang, beliau memastikan pasukan itu memperoleh gelaran juara Liga Premier sebanyak dua kali untuk tahun 1998 serta 2001.

Malah, Merzagua juga sempat memberi sentuhan beliau selaku pengendali pasukan tersebut pada musim 2013 selepas membantu Penang meraih gelaran juara saingan Liga FAM sebelum menabur bakti pula bersama Sungai Ara pada tahun seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN