Legenda Napoli Ini Enggan Menunggu Dan Mahu Icardi Berambus Ke Neraka

Legenda Napoli, Careca atau nama sebenar beliau adalah Antônio de Oliveira Filho berkata Mauro Icardi boleh ‘berambis ke neraka’ jika pemain Argentina itu enggan menyertai kelab tersebut. Malah Careca turut yakin pemain sedia ada seperti Arkadiusz Milik mampu menjaringkan 30 gol musim ini.

Napoli dilaporkan memberi tempoh sehingga semalam (Khamis) untuk menerima tawaran, dan sikap diva Icardi yang memaksa penantian sebegitu jelas tidak disenangi oleh Careca.

“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan? Jika [Icardi] tidak mahu ke sini, maka dia boleh ‘berambus ke neraka’, ujar bekas penyerang berusia 58 tahun itu.

“Adakah beliau faham apakah itu Napoli, pengertian di sebalik San Paolo dan siapakah penyokong Azzurri?

“Adakah beliau sedar bahawa menjaringkan gol dengan jersi [Inter] itu tidak mempunyai nilai di dunia ini? Jika beliau enggan ke sini, maka lebih baik tidak.

“Jika saya adalah Napoli, saya tidak akan membazir masa walau pun sesaat untuk beliau.”

Pada masa yang sama, Partenepei sudah pun memiliki No.9 yang baharu iaitu Milik, dan Careca yakin pemain itu mampu menawarkan sesuatu.

“Napoli sudah ada seorang pemain No.9 yang bagus. Milik boleh menjaringkan 30 gol. Beliau memiliki positioning yang bagus, menjaringkan gol dengan baik dan mempunyai pergerakan yang pantas.

“Milik memiliki setiap perkara seorang penyerang hadapan perlukan.”

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Milik akan menjadi sebahagian dariapda pakej pertukaran oleh Napoli untuk mendapatkan Inter.

Careca menjaringkan 96 gol dari 221 penampilan ketika beraksi bersama Napoli diantara 1987 sehingga 1993.

Ketika era itu, beliau bergandingan bersama Diego Maradona di San Paolo, menjuarai Scudetto dan Piala UEFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN