Quantcast

BERITA

Cristiano Ronaldo Tidak Faham Mengapa Bruno Fernandes Gagal Sertai Kelab Seperti Man Utd

Cristiano Ronaldo berkata tidak ada siapa yang tahu sebenarnya sebab Bruno Fernandes enggan meninggalkan Sporting Lisbon untuk mengembangkan karier di tempat lain di Eropah.

Fernandes sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Tottenham Hotspur dengan nilai £70 juta.

Namun segala rundingan gagal direalisasikan dan Fernandes kini terus kekal di Portugal.

Bercakap mengenai rakan senegaranya itu, Ronaldo – yang dirinya juga meninggalkan Sporting Lisbon untuk beraksi bersama Manchester United – berpendapat pemain itu sendiri yang menahan dirinya dari pergi.

“Dalam pasukan kebangsaan [Portugal], anda mempunyai pemain seperti Cancelo dan Bruno Fernandes, yang ramai tidak tahu sebab mengapa beliau enggan pergi [berhijrah],” ujar Ronaldo kepada TVI.

“Dalam pasukan kebangsaan ini, terdapat banyak bakat. Bermakna saya melihat sinar cahaya di hujung terowong. Ada kemungkinan generasi pemain baru ini akan menjadi kelompok pemain terbaik. Tetapi apa yang ada sekarang belum mencukupi.

“Mereka harus ada keinginan. Saya sudah bercakap dengan beliau [Fernandes] dan ia adalah. Saya adalah kapten yang mahu membantu dan juga dibantu.

“Atmosfera di dalam skuad kebangsaan sangat baik. Beberapa tahun kebelakangan ini, ia amat menyeronokkan. Ini kerana semua [pemain] mahu belajar.

“Mereka yang bertanggungjawab untuk persekitaran ini adalah Fernando Santos dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Portugal [FPF] sendiri.”

Pendedahan oleh Ronaldo ini menimbulkan tanda tanya baru mengenai saga perpidahan Bruno Fernandes ke Manchester United yang gagal direalisasikan.

Sebelum ini Manchester United dilaporkan menarik diri daripada mendapatkan pemain tengah itu. Adakah ia disebabkan nilai yang terlampau mahal mengikut penilaian United atau kerana perasaan berbelah bahagi Bruno Fernandes untuk meninggalkan Sporting Lisbon?