Legenda Kuala Lumpur Kongsi Nikmat Selaku Juara Piala Malaysia Tiga Tahun Berturut-Turut

“Menang Piala Malaysia dalam masa tiga tahun berturut-turut kita rasa satu benda yang luar biasa, rasa macam Malaysia ni kita yang punya.

Itulah gambaran perasaan bekas pemain Kuala Lumpur, Subardron Abdul Aziz yang menyifatkan trofi Piala Malaysia sebagai satu sentimen paling bernilai dalam kariernya sebagai pemain bola sepak suatu ketika dahulu.

Jelasnya, terasa tidak lengkap seandainya mereka yang bergelar pemain tidak mengecapi kejuaraan Piala Malaysia dan beliau bersyukur dapat mencatat sejarah apabila pernah menjulang trofi piala tertua di Asia Tenggara itu sebanyak 3 kali pada tahun 1987 hingga 1989 bersama Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur

“Karier dalam bola sepak tak lengkap kalau tak pernah pegang Piala Malaysia, ada pemain yang tak pernah dapat Piala Malaysia dan bukan senang nak pegang Piala Malaysia malah kalau tak menang piala ni dia tak menjadi satu peringatan atau pun sejarah,” katanya.

 

Mengimbau kenangan lalu, beliau juga menyatakan bahawa bukanlah mudah untuk menjulang trofi Piala Malaysia itu malah beliau sanggup bermati-matian bagaikan seorang pahlawan bermain di dalam padang.

Pernah merasai kekalahan pada tahun 1985 dan 1986, beliau tidak rela menerima nasib yang sama pada tahun berikutnya apabila menanam tekad membantu pasukan menjulang trofi Piala Malaysia.

“Tahun 1985 kalah, tahun 1986 kita menang juarai liga tapi kalah dengan Pahang pada peringkat separuh akhir saya rasa sangat sedih bila kalah, jadi saya bertekad tak nak kalah lagi.

“Pada waktu itu, saya rasa saya dah senior, saya anggap ini pasukan saya, saya akan bawa segala-galanya apa yang saya ada untuk menang, malah jika dalam bolasepak ni bagi saya mati pun saya sangup,” jelasnya.

 

Menariknya, hampir menyikut jejak langkah Subardron adalah anaknya Putera Sufrie Nizam Subardron yang kini aktif bergiat dalam dunia e-sukan.

Biarpun tidak berpeluh di atas padang, Putera telah menyertai kejohanan E-Piala Malaysia 2019 anjuran Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama penganjur sukan elektronik GamesBond Sdn Hnd sempena Piala Malaysia 2019 namun kalah di peringkat suku akhir.

Subardron memberi sepenuhnya galakkan kepada Putera, biarpun anaknya itu baru berumur 18 tahun tetapi sudah mampu bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam dunia sukan elektronik (e-sukan).

“Saya memang tak halang apa yang dia minat, saya sokong sepenuhnya dan sediakan peralatan yang terbaik buat Putera tapi mesti bersungguh-sungguh sehingga mengharumkan nama negara kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN