Legenda bola sepak Sepanyol dan Real Madrid, Iker Casillas telah mengakui yang dirinya kini adalah seorang gay dan mendukung ideologi LGBT.
Dalam ciapan beliau di Twitter, mantan penjaga gol Real Madrid dan Porto itu secara terbuka mengakui yang dirinya kini lebih cenderung kepada kaum sejenis dengan dirinya dan tidak ada ‘selera’ dengan wanita lagi.
Beliau kemudiannya memohon agar peminatnya untuk lebih terbuka dan boleh menerima keputusan yang diambilnya.
“Saya harap anda boleh hormat saya, saya seorang gay,” kata Casillas di Twitter.
https://twitter.com/IkerCasillas/status/1579081769890250753
Keputusan yang diambil oleh Casillas ini pastinya sukar untuk diterima oleh penyokongnya memandangkan sentimen terhadap golongan LGBT masih lagi buruk.
Namun, pastinya golongan pro-LGBT menyambut baik keputusan Casillas ini dengan seorang lagi figura terkenal dunia menyertai kelompok mereka.
Casillas dianggap sebagai penjaga gol moden Sepanyol yang paling berjaya apabila berjaya merangkul gelaran Piala Dunia, EURO dan pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah bersama-sama Real Madrid.
Beliau turut menyertai Porto dipenghujung kariernya sebelum menggantung sarung tangannya sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman.