Zainal Salahkan Kontroversi Pengadil Punca Penang Mudah Diratah Sabah

Datuk Zainal Abidin Hassan

Pengendali Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui skuad kendaliannya sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan menentang Sabah namun kontroversi yang tercetus menyebabkan pemain mula hilang fokus.

Biar pun bermain 10 orang di separuh masa kedua, Zainal tetap memuji pemain yang mempamerkan semangat juang tinggi sehingga dapat menyamakan kedudukan.

Penang mula mendapat momentum permainan dan semangat semakin membara untuk memburu gol bagi menghidupkan peluang mencari kemenangan atau sekurang-kurangnya satu mata.

Tetapi semangat pemain direntap selepas gol kedua Sabah oleh Park Tae-su dan itu didakwa oleh para pemain Penang yang jaringan itu tidak sepatutnya diberikan kepada tuan rumah.

“Nampak mereka begitu lemah, putus asa apabila gol kedua berlaku dan sedikit ada kontroversi. Jadi itulah the turning point yang kita tewas lebih daripada gol hari ini,” ujarnya.

Penang yang terpaksa bermain 10 menyebabkan Zainal melakukan beberapa pertukaran dan perubahan taktikal bermula separuh masa kedua dan ternyata ia telah memberi impak positif buat pasukan itu.

Skuad Harimau Kumbang menguasai perlawanan hampir 25 minit di awal separuh masa kedua sehingga berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Deretan peluang yang terhidang akhirnya memberikan hasil apabila Adib Raop berjaya mengambil kesempatan  selepas berlaku kekalutan di dalam kotak penalti Sabah untuk menyamakan kedudukan.

Zainal juga merasakan permainan yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut lebih baik daripada sebelum ini dan berharap pemain dapat meneruskan momentum itu pada perlawanan akan datang.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan para pemain akan mengambil pengalaman dari apa yang terjadi dalam perlawanan tersebut untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Penang ketika ini berada di tangga tercorot liga namun berpeluang untuk memintas satu anak tangga andai kata Sarawak United tewas baki perlawanan sementara Penang pula mencatat kemenangan bersih pada dua perlawanan terakhir.

Kedudukan liga sangat penting kerana setiap pasukan sudah boleh mengatur perancangan untuk berjumpa sapa dipusingan 16 pasukan terakhir Piala Malaysia nanti.

Adakah Penang mampu mencipta kejutan lagi seperti Piala FA apabila layak sehingga ke separuh akhir?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN