Legenda Bola Sepak Negara, Chow Kwai Lam Meninggal Dunia

Legenda bola sepak negara, Chow Kwai Lam meninggal dunia pada usia 76 tahun pada hari ini.

Bekas pemain Selangor itu yang pernah mengalami serangan angin ahmar sebanyak tiga kali pada 1995, 2000 dan kali terakhir pada 2013 meninggal dunia di Hospital Puteri, Ampang sekitar jam 11 am.

Chow Kwai Lam adalah antara nama besar yang pernah dilahirkan oleh bola sepak negara dan mewakili skuad kebangsaan dari tahun 1965 sehingga 1971.

Mendiang juga adalah kapten pasukan kebangsaan di Kejohanan Pesta Bola Merdeka pada 1965.

Turut pernah dilantik untuk mengendalikan skuad kebangsaan pada 1978, mendiang turut pernah melatih skuad Selangor di antara 1979 sehingga 1983.

Karier kejurulatihan Chow Kwai Lam kemudiannya beralih angin ke Borneo apabila dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Bumi Kenyalang itu pada 1984.

Kembali ke semenanjung, Chow Kwai Lam pernah melatih Kuala Lumpur sebanyak tiga kali di antara tahun 1987-89, pada 1992, dan sekali lagi di antara 1995-1998.

Selain daripada karier kejurulatihan di dalam negara, beliau turut pernah menyertai Liga Singapura sebagai jurulatih Tampines Rovers (2002-2003) dan kemudiannya Paya Lebar Punggol untuk dua musim berikutnya.

Sumbanga terbesar Chow Kwai Lam di Liga Malaysia semestinya kejayaan beliau menerajui Kuala Lumpur ke era kegemilangan pada lewat 80an.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN