Southgate Mahu Kelab Premier League Beri Peluang Kepada Pemain Muda England

Satu perkara yang menjadi kelemahan kepada Premier League adalah kepercayaan pengurus untuk memberikan peluang kepada pemain muda untuk beraksi.

Mereka mungkin merupakan liga yang cukup berkuasa dari segi wang dengan himpunan pemain bintang yang cukup ramai.

Namun begitu, tidak banyak kelab yang berani mempertaruhkan pemain muda dalam kesebelasan utama saban minggu.

Pengendali England, Gareth Southgate mahukan lebih banyak kelab Premier League untuk memberikan peluang kepada pemain muda untuk terus menyinar.

Katanya, para pengurus di Premier League perlu lebih berani.

during an England training session during the 2018 FIFA World Cup Russia at Spartak Zelenogorsk Stadium on July 13, 2018 in Saint Petersburg, Russia.

“Saya boleh katakan di Premier League kini ada ramai pemain muda England yang sudah boleh berdiri dengan kaki mereka sendiri.”

Bagi Southgate, England mempunyai begitu ramai pelapis pemain muda yang boleh diketengahkan bakatnya di masa hadapan.

“Saya rasakan kita mempunyai persaingan yang cukup baik dan asas kepada pasukan yang baik.”

“Kita juga mempunyai ramai pemain muda yang akan hadir dalam masa beberapa tahun akan datang dan saya rasa mereka sudah boleh mula memberikan saingan untuk memasuki pasukan utama.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 14: Jesse Lingard of England controls the ball ahead of Kevin De Bruyne of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia 3rd Place Playoff match between Belgium and England at Saint Petersburg Stadium on July 14, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

England mempunyai rekod yang baik di peringkat remaja apabila skuad B-17, B-19 dan B-20 menikmati kejayaan di Piala Dunia peringkat remaja.

Sementara skuad B-21 pula berjaya mara ke separuh akhir B-21 bagi kejohanan EURO.

Piala Dunia 2018 menyaksikan Southgate membariskan skuad ketiga termuda dalam saingan yang berlangsung di Rusia.

Mereka menamatkan saingan di tempat ke-4. Satu pencapaian buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN