‘Legasi Stansfield’ – Kisah Sang Anak Yang ‘Hidupkan’ Semula Nombor Jersi Ayahnya Yang Telah Dibersarakan

Adam Stansfield Jay Stansfield Exeter City nombor dibersarakan

Ini adalah bingkisan kisah bagaimana nombor jersi yang telah dibersarakan Exeter City sejak 2010 kembali ‘dihidupkan’ selepas 12 tahun oleh anak kepada pemain yang terakhir menyarungnya iaitu Adam Stansfield.

Mungkin kita pernah mendengar terma nombor jersi yang dibersarakan, dikosongkan atau diabadikan oleh sesebuah kelab atas faktor tertentu.

Kisah ini kembali tular selepas anaknya, Jay Stansfield mencetak hatrik dalam aksi terakhirnya bersama bekas kelab ayahnya itu, baru-baru ini.

Pada aksi terakhir League One, Exeter City menundukkan Morecambe 3-2 dengan Stansfield telah menghadiahkan kemenangan ke-15 untuk kelab tersebut bagi menamatkan musim 2022/23 di kedudukan ke-14 liga.

Beliau dipinjamkan Fulham untuk meraih minit permainan bersama kelab yang telah menjadi permulaannya dalam dunia bola sepak di akademi.

Menyertai Fulham pada usia 16 tahun selepas cemerlang bersama Exeter City B-18, sebelum membuat debut setahun kemudian pada Januari 2020.

Dan pada September 2022, beliau telah dipinjamkan semula ke Exeter City untuk tempoh semusim dan diberikan nombor jersi milik ayahnya dahulu.

Menurutnya, beliau sangat menghargai cara kelab memberikannya nombor jersi yang pernah menjadi milik ayahnya dahulu. “Ini sangat bermakna. Saya tahu tekanan akan memuncak sama ada saya memakai jersi nombor sembilan ini atau tidak. Jadi, saya rasa tindakan ini tidak salah [memakai nombor itu],” memetik kata-kata Stansfield di portal kelab itu.

Ini kerana, sebagai hanya pemain pinjaman, sedikit pelik apabila beliau mendapat nombor tersebut, tambahan pula ia telah dibersarakan.

Untuk datang ke kelab ini dan diberikan nombor itu, saya sangat berbangga dan berharap akan dapat mengikut jejak langkah ayah dan mungkin lebih dari itu,” tambahnya dalam temu bual ketika menyertai kelab pada September.

Untuk musim ini, Stansfield telah mencipta sembilan gol dan lapan ‘assists’ dalam 36 penampilannya. Apabila melakar hatrik dalam aksi terakhirnya, beliau telah menerima ‘standing ovation’ daripada para penyokong. Ia satu penghargaan daripada penyokong buat diri yang baru berusia 20 tahun.

Mengapa nombor jersi 9 milik ayahnya itu telah dibersarakan pada 2010?

Adam Stansfield merupakan pemain Exeter City sejak musim 2006 hingga 2010. Sebelum itu, beliau bermain di Yeovil Town dan Hereford United.

Sepanjang empat musim, beliau yang beraksi sebagai penyerang telah tampil bersama ‘The Grecians’ sebanyak 142 kali dan mencetak 37 gol.

Pada April 2010, Stansfield disahkan mengidap kanser usus besar. Setelah menjalani pembedahan, beliau sempat mengikut sesi pra-musim bersama Exeter City. Situasi dirinya semakin memburuk dan akhirnya beliau telah meninggal dunia pada 10 Ogos 2010. Atas dasar menghargainya, kelab memutuskan nombornya telah dibersarakan pada musim seterusnya.

Dan, nombor itu diserahkan kepada anaknya pada September 2022. Bukan hanya menyarung jersi tersebut, malah, beliau telah ‘menghidupkannya’.

Berdasarkan penghargaan penyokong, jelas impak yang diberikannya buat Exeter City pada musim ini waima hanya sekadar pemain pinjaman.

Ini kisah ringkas tentang Stansfield dan bagaimana nombor yang telah dibersarakan kembali ‘dihidupkan’ selepas 12 tahun. Ironinya, ia dihidupkan oleh anaknya. Ini adalah olahan daripada bebenang di Twitter Garis Tengah.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN