Leeds United Kembalikan 50% Duit Tiket Bermusim Kepada Penyokong Jika Gagal Masuk Play-Off

Dalam usaha untuk memenangi hati penyokong tegar Leeds United, pengurusan kelab menawarkan jaminan 50% wang akan dikembalikan kepada pembeli tiket bermusim jika pasukan gagal layak ke play-off promosi ke Premier League pada musim depan.

Tindakan pihak pengurusan Leeds United ini jelas merupakan reaksi langsung untuk meredakan ketidakpuasan hati penyokong terhadap prestasi pasukan dalam liga divisyen ke-2 England, Championship pada musim ini.

Ketika ini Leeds berada di tangga ke-12 liga, 29 mata di belakang pendahulu, Middlesbrough dan kurang 13 mata untuk layak ke play-off promosi ke Premier League pada musim ini.

Pemulangan 50% wang jika gagal ke play-off

Walaupun harga tiket sudah tidak naik selama 3 musim berturut-turut, pihak pengurusan Leeds yang diketuai oleh pemilik Itali, Massimo Cellino berjanji akan memulangkan 25% wang pembeli tiket bermusim jika gagal layak ke play-off promosi.

Jumlah pengembalian wang itu akan meningkat kepada 50% jika lebih daripada 15,000 penyokong membeli tiket bermusim untuk musim depan.

Azam Leeds untuk kembali ke Premier League

Menurut Leeds, insentif pengembalian wang tersebut adalah ‘bukti jelas matlamat kelab untuk mendapatkan promosi’ dan mereka sedang ‘berazam’ untuk menyertai Premier League.

Penyokong Leeds bagaimanapun perlu membeli tiket bermusim sebelum akhir Mei 2016 untuk layak mendapatkan polisi jaminan 50% wang dikembalikan tersebut.

Dengan penyokong Leeds yang berang dengan pemilik kelab mereka, Massimo Cellino, sekurang-kurangnya polisi ini bakal menjamin stadium Elland Road tidak kosong pada musim depan.

Baca juga: Mengapa Penyokong Leeds United Mengamuk Terhadap Pemilik Kelab Mereka?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN