Pemain Pujaan Peminat PES, Tijani Babangida Kembali Sebagai Lagenda Dalam PES 2016

Pro Evolution Soccer (PES) pada zaman PlayStation 2 (PS2) merupakan raja permainan video bola sepak.

Edisi PES 5 & PES 6 merupakan antara edisi PES yang terbaik pernah Konami hasilkan menurut peminatnya.

Dan siapa yang boleh lupakan pemain-pemain seperti Castolo, Shimizu dan Minanda? Mereka inilah antara pemain awal yang anda perlu uruskan ketika kali pertama anda bermain Master League.

Ketika zaman permainan konsol ini sudah memasuki era next-gen, Castolo dan rakan-rakan telah pun ‘bersara’.

Dan kini mereka menjadi agen pemain di mode MyClub – mode yang dicipta untuk bersaing dengan mod FIFA Ultimate Team yang dicipta pesaing Konami, EA Sports.

Namun, ada satu pemain yang tidak lagi “bersara”. Namanya adalah Tijani Babangida dari Nigeria.

tjani2

Beliau adalah pemain yang wujud dalam dunia sebenar, tidak seperti Castolo dan rakan-rakan yang direka sahaja.

Babangida sangat dikenali oleh peminat PES sebagai pemain paling laju pernah ada dalam database PES. Pemain ini pernah menyarung jersi Roda JC dan Ajax Amsterdam pada sekitar tahun 90-an dan awal 2000.

Beliau mempunyai stats yang sangat menakjubkan, berikut kami sediakan “stats” pada PES 1997 :

  • Attack: 79
  • Defence: 46
  • Balance: 75
  • Stamina: 88
  • Top Speed: 94
  • Acceleration: 99
  • Response: 80
  • Agility: 96
  • Dribble Accuracy: 90
  • Dribble Speed: 97
  • Short Pass Accuracy: 77
  • Short Pass Speed: 73
  • Long Pass Accuracy: 85
  • Long Pass Speed: 82
  • Shot Accuracy: 74
  • Shot Power: 82
  • Shot Technique: 74
  • Free Kick Accuracy: 71
  • Curling: 83
  • Header: 75
  • Jump: 82
  • Technique: 85
  • Aggression: 88
  • Mentality: 70
  • Keeper Skills: 50
  • Team Work: 69

Babangida kembali sebagai ‘Legends’ dalam siri MyClub disamping 5 pemain lain iaitu Oliver Khan, Roberto Baggio, Roberto Carlos, Luis Figo dan Filipo Inzaghi.

pes legendeds2

Babaginda boleh dimuat turun secara percuma namun pada masa yang terhad sahaja sebelum 21 April 2016. Jadi jika anda merupakan pemain MyClub, dapatkan ikon PES ini segera!

Baca juga: Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN