Lee Tuck Umum Tinggalkan Sri Pahang, Prospek Menarik Sedang Menanti?

Lee Tuck tinggalkan Sri Pahang

Umpama dilempar bom, ucapan perpisahan yang dititipkan oleh Lee Tuck telah mengejutkan semua penyokong Sri Pahang, lewat malam tadi.

Suatu yang tidak dijangka mereka telah berlaku selepas pengumuman sembilan pemain yang dilepaskan pasukan baru-baru ini. Dalam makluman itu, tiada nama Lee Tuck disenaraikan menjadikan khabar ini satu kejutan.

Bagaimana secara tiba-tiba pemain tengah yang sedang bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2022 boleh terlepas dari pasukan?

Adakah memang sudah ada perancangan untuk beliau dilepaskan dan hanya menanti semua urusan perpindahannya ke pasukan baharu selesai?

Walaupun ada reaksi negatif kepada pengurusan atas pengundurannya secara tiba-tiba, sebilangan masih mengucapkan terima kasih atas khidmat baktinya bersama pasukan walaupun kurang beraksi pada musim lalu.

Atas sebab menanti pengesahan tentang kewarganegaraan Malaysia, Lee Tuck tidak didaftarkan bersama pasukan dan akhirnya ia menjadi realiti pada hujung Ogos lalu. Beliau berpeluang tampil sebagai pemain tempatan.

Tuck hanya sempat tampil dua kali di Piala Malaysia apabila Sri Pahang tersingkir awal – tewas 3-9 secara agregat kepada Terengganu FC.

Berusia 34 tahun, beliau masih jadi rebutan ramai dan ditambah dengan statusnya sebagai pemain tempatan kini, beliau menjadi sasaran ramai.

Jadi, ke mana hala tujunya selepas ini? Melihat kepada kemungkinan, dikatakan Terengganu dan Kedah Darul Aman FC menjadi destinasinya.

Sebelum ini, Semuanya BOLA tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi gandingan kepada Manuel Ott dan Amirbek Juraboev di bawah sistem Nafuzi Zain di Kedah? Mungkinkah Lee Tuck adalah pemain yang dinanti?

Amirbek adalah pemain tengah bertahan – jika melihat deskripsi posisinya di Transfermarkt.com. Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, beliau juga boleh bertindak dan berperanan sebagai pemain tengah ‘box-to-box’.

Jadi, sudah jelas posisinya di mana dalam sistem Nafuzi nanti, mungkin sebagai pemain tengah bertahan. Jika formasi 4-4-2, gandingan Ott dan Amirbek mungkin boleh digandingkan. Namun, bagaimana jika 4-3-3?

Ini menarik perhatian kita sebagai pemerhati. Adakah bekas pengendali yang mula menjadi ketua jurulatih pada musim 2020 itu akan membawa masuk seorang lagi pemain tengah yang mempunyai pengalaman?

Seperti Ott, Lee Tuck ‘masak’ dengan kemahuan Nafuzi. Beliau pernah bersama pengendali itu di Terengganu pada musim pertama Nafuzi bertindak sebagai pengendali sementara, sebelum mengambil alih pada musim 2020. Beliau juga kembali secara pinjaman pada musim 2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN