Lee Tuck Sah Sertai Kedah, Bagaimana Baki Status Import Sang Kenari?

Teka-teki mengenai status pemain tengah kebangsaan iaitu Lee Tuck sudah pun diketahui ramai, apabila beliau sah menyertai Kedah Darul Aman (KDA) untuk musim 2023.

Sebelum ini, nama beliau sudah pun dikaitkan bersama beberapa kelab tempatan, setelah beliau mengesahkan tidak akan lagi bersama Sri Pahang untuk cabaran tahun hadapan.

Penyertaan Lee Tuck bersama KDA boleh dianggap sebagai salah satu perpindahan terbesar ketika ini menerusi rekod beliau yang baru sahaja diberi status naturalisasi.

Pemain tengah yang boleh beraksi di bahagian serangan itu dijangka akan menjadi watak penting Sang Kenari musim hadapan, untuk bergandingan bersama dua bintang import KDA yang sebelum itu sudah pun mengesahkan tempat mereka.

Dua pemain tersebut ialah Manny Ott dari Filipina, serta tonggak tengah kebangsaan Tajikistan iaitu Amirbek Juraboev untuk menjadi rakan baharu Lee Tuck di posisi itu.

Seperti sedia maklum, pengendali baharu KDA iaitu Nafuzi Zain antara jurulatih yang gemar memfokuskan posisi tengah sebagai sumber utama kekuatan pasukan dikendalikannya.

Sebelum itu di Terengganu, nama pemain seperti Habib Haroon, Dechi Marcel, Petrus Shitembi, dan beberapa lagi import antara yang difokuskan oleh Nafuzi selaku hub utama kekuatan pasukan.

Untuk itu, menerusi penyertaan Lee Tuck bersama KDA mengesahkan Nafuzi sudah pun menyusun rencana beliau untuk saingan musim hadapan dengan terus berpaksikan posisi tengah sebagai keutamaan.

Malah, pemain baharu yang menyertai KDA seperti Mior Dani, Zharmien Ashraf, serta Faizal Talib juga menyaksikan Nafuzi mempunyai cara tersendiri untuk membentuk skuad baharunya itu.

Ketika ini, persoalan mula timbul mengenai baki pemain import yang akan menyertai KDA pada musim hadapan, dan dipastikan Nafuzi akan mula memberi fokus di posisi pertahanan dan serangan.

Menyedari kelemahan besar KDA yang sering bolos pada musim ini, Nafuzi pastinya sedang menilai pemain import yang bersesuaian untuk menggalas tugas di posisi tersebut.

Begitu juga di bahagian serangan, dijangka KDA akan mendapatkan pemain baharu yang tidak pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini dan mungkin akan diumumkan sedikit masa sahaja lagi.

Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang petanda mengenai barisan pemain import mereka yang akan direkrut dan ia terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Walaubagaimana pun, Nafuzi masih lagi mempunyai masa untuk menilai pemain bersesuaian untuk dibawa masuk musim hadapan, serta tugasan getir pengendali tersebut bersama KDA akan teruji pada musim hadapan dengan serba baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN