Lee Tuck Kembali Semula Ke Paroi Tetapi Sebagai Pemain Lawan

Bekas pemain Negeri Sembilan, Andrew Lee Tuck ibarat sudah pulang ke kampung halamannya apabila bakal bertemu bekas pasukannya itu pada perlawanan keempat saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 pada hari Jumaat ini.

Walaupun sudah biasa beraksi di gelanggang keramat pasukan skuad hobin jang hobin itu, tetapi kali ini beliau hadir dengan membawa misi yang berbeza sebagai pemain lawan.

“Sasaran saya ke Paroi tidak ada matlamat lain kecuali tertumpu kepada kemenangan untuk mengutip tiga mata, saya akan lakukan yang terbaik sebagaimana tiga perlawanan terdahulu.

“Bagi memastikan matlamat itu tercapai, saya akan mengekalkan emosi dan hanya memikirkan untuk membantu Terengganu mencatat kemenangan bertemu pasukan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Lee Tuck juga sudah bersedia untuk menghadapi barisan pemain pasukan Negeri Sembilan itu dan sedar lawan pasti akan bermain mati-matian untuk mengekang kemaraannya.

“Itu sudah saya jangka, tapi saya juga sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan itu kerana tahap permainan saya kini semakin baik dan serasi serta tidak sabar untuk bertemu pasukan lama saya.

“Selain itu kejayaan meledak dua gol ketika bertemu Selangor tempoh hari bagus buat saya untuk meningkatkan lagi kualiti permainan dan seterusnya memberi impak yang besar terhadap pasukan kami,” katanya.

Lee Tuck yang mempunyai ketinggian 1.75 meter menandatangani kontrak bersama Terengganu selama setahun dan kehadiran penyerang itu diyakini mampu menjadi senjata pemusnah buat pasukan penyu itu.

Pengurusan Terengganu turut menyambung kontrak penyerang kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre atau nama jolokannya `Drogba Terengganu` selama setahun lagi.

Kehadiran Tuck yang juga pernah beraksi dengan kelab Dhaka Abahani Limited dalam Liga Bangladesh itu dengan dengan Kipre, sudah pasti telah menajamkan lagi jentera depan skuad Penyu.

Minggu lepas, beliau melakukan golazo dari tengah dan menewaskan penjaga gol Selangor yang terkapai-kapai kelemasan.

Ianya gabungan visi, teknik dan keyakinan yang sangat tinggi.

Ini adalah penanda aras yang sangat tinggi untuk gol terbaik musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN