Lee Tuck Beri Gambaran Jelas Mahu Terus Kekal Di Malaysia

Lee Tuck

Bekas pemain tengah dan ketua pasukan Kelab Bolasepak Terengganu (TFC), Lee Tuck mengakui dirinya masih berminat untuk mengerah kudrat dalam saingan Liga Malaysia tetapi masih belum membuat keputusan pasukan mana yang bakal disertai.

Selepas tiga musim beraksi bersama kelab dari Pantai Timur itu, pemain kelahiran England tersebut akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat TFC selepas beliau tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

Selain daripada membantu TFC melayakkan diri ke Piala AFC musim hadapan, keupayaan membawa kelab tersebut melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 juga merupakan antara detik manis Lee Tuck meskipun beliau dilayangkan kad merah pada aksi tersebut.

Sehubungan dengan perkembangan baharu itu, Lee Tuck mengakui hatinya masih tertarik untuk terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan beberapa pasukan seperti Pahang, Perak, Kuala Lumpur dan PJ City dikaitkan dengan beliau.

“Saya ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan dalam Malaysia dan juga pasukan dari Asia, tapi setakat ini saya belum lagi membuat keputusan muktamad,” ujar Lee Tuck menurut laporan yang dikeluarkan Harian Metro.

”Namun hati masih berminat untuk terus berada di Malaysia, jika ada perkhabaran nanti, saya akan umumkan pasukan bakal saya sertai musim depan.”

“Saya sudah lama bersama dengan pasukan TFC, tapi bila tahu nama saya tiada dalam perancangan skuad itu saya begitu sedih untuk pergi,”

”Saya hanya mampu mengenang saat-saat gembira bersama TFC, apa-apapun saya terpaksa pergi dengan cara yang baik dan berharap skuad ini akan terus maju dan melakukan yang terbaik,” tambah pemain berusia 32 tahun itu lagi.

Musim 2021 bakal menjadi tahun kelima buat Lee Tuck berada di Malaysia apabila beliau memulakan kembara ke negara ini pada musim 2017 yang mana pada ketika itu beliau menyarung jersi Negeri Sembilan dalam kempen Liga Premier.

Beliau yang tanpa berselindung pernah menyuarakan hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan melihat adalah satu keutamaan buatnya untuk terus berada di Malaysia bagi membolehkannya bergelar pemain naturalisasi.

Kredit featured image: Terengganu Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Lee Tuck:

Lee Tuck: Pengalaman Berharga Dapat Turut Sama Berpuasa

Bakal Adakan Perbincangan, Lee Tuck Mahu Kekal Bersama TFC

‘Are You Retiring Lee?’ Antara Reaksi Selepas Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN