Lee Tuck, Aguero Di Dalam Proses Diberi Kerakyatan Malaysia, Didaftar Sebagai Pemain Naturalisasi Sri Pahang

Lee Tuck Sergio Aguero Sri Pahang

Dua pemain Sri Pahang, Lee Tuck dan Sergio Aguero kini disahkan sedang di dalam proses untuk menjadi pemain terbaharu yang dinaturalisasikan di negara ini.

Namun proses tersebut bukanlah sebahagian daripada projek naturalisasi oleh badan induk bola sepak negara itu, sebaliknya diusahakan sendiri oleh pihak kelab bagi didaftarkan sebagai pemain tempatan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pemain kelahiran England dan Argentina itu sudah pun beraksi di Liga-M sejak tahun 2017 yang melepasi syarat beraksi selama lima tahun berturut-turut seperti mana yang telah ditetapkan dasar naturalisasi di negara ini.

‘Ikut Resepi JDT?’ – Sri Pahang Miliki 5 Import, 2 Naturalisasi, 2 Kacukan Musim Ini

Mengenai peluang kedua-dua pemain ini untuk mewakili skuad kebangsaan di pentas antarabangsa, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan ianya bergantung kepada jurulatih Harimau Malaysia yang baharu, Kim Pan-gon untuk menilai dan membuat pemilihan.

“Kehadiran mereka (pemain naturalisasi) boleh dikatakan tidak dibekukan tetapi (keperluan menggunakan) khidmat pemain naturalisasi terpulang kepada jurulatih negara,” ujar Saifuddin dalam temubualnya bersama Astro Arena.

“Tapi tiada jaminan mereka akan diserapkan dalam pasukan kebangsaan.”

Lee Tuck mula beraksi untuk Negeri Sembilan pada 2017 sebelum mencapai kemuncak prestasinya ketika tiga musim bersama Terengganu. Musim lalu beliau gagal mencipa impak yang diharapkan bersama skuad Tok Gajah sebelum dipinjamkan semula ke Terengganu untuk separuh musim kedua.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Aguero pula memulakan kariernya di Malaysia bersama Melaka United dan kemudian sempat berkelana ke Selangor United, Penang, Kuala Lumpur Rovers sebelum menyertai Sri Pahang pada musim lalu, namun beliau telah dipinjamkan ke Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN