‘Ledak 2 Gol Pada Aksi Sulung Bersama Selangor’- Salifu Bakal Gugat Kedudukan Ayron?

Selangor nampaknya tampil dengan prestasi yang sangat konsisten ketika ini dalam saingan Liga Super 2023, selepas beberapa siri kemenangan dicatat bersama corak permainan menyakinkan.

Malah kehadiran pemain-pemain import mereka musim ini seperti Yohandry Orozco, Ayron Del Valle, serta Noor Al-Rawabdeh kini semakin memberi impak besar dalam permainan bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Namun, seorang lagi pemain baharu mereka paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada penyerang import muda Selangor musim ini iaitu Rauf Salisu yang mula mempamerkan taring.

Buat pertama kali beraksi untuk pasukan utama Selangor, Rauf tidak mengambil masa yang lama untuk memberi impak besar di bahagian serangan kelab tersebut ketika aksi bertemu TRW Kelantan.

Pada perlawanan tersebut, Salisu berjaya meledak dua gol dalam tempoh 10 minit sahaja untuk mengesahkan kemenangan Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau yang dimasukkan pada separuh masa kedua untuk menggantikan Ayron jelas mendapat sambutan gemuruh daripada penyokong The Red Giants menerusi impak positif diberikan dalam tempoh singkat.

Untuk rekod, Salisu merupakan pemain kelahiran Ghana yang sebelum ini beraksi buat Accra Lions dengan rekod cukup memberansangkan pada usia muda menerusi jumlah gol diledak.

Pada musim 2020-2021, Salisu mempamerkan kelebihan beliau selaku penggempur berbisa buat Accra Lions dengan menyumbang 21 daripada 58 gol dihasilkan kelab berkenaan.

Kelebihan Salisu itu menyaksikan beliau diikat oleh salah satu kelab yang beraksi di Amerika Syarikat iaitu Sporting Kansas City II dan mencipta rekod menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.

Maka, tidak salah rekrut yang dibuat Selangor musim ini untuk mendapatkan Salisu memandangkan usia pemain tersebut masih lagi muda dan berpotensi untuk menyerlahkan lagi bakat di Malaysia.

Reaksi yang diberikan oleh Salisu ini pastinya sedikit sebanyak akan memberi persaingan sengit kepada penyerang utama Selangor iaitu Ayron untuk merebut kesebelasan utama.

Walaupun begitu, Ayron masih lagi berada pada tahap terbaik dengan beliau juga masih segar menerusi satu jaringan yang diledak ketika bertemu Kelantan sebelum digantikan oleh Salisu.

Selain Salisu, Selangor juga turut mengekalkan bintang-bintang muda dari Ghana pada musim lalu iaitu Richmond Ankrah Tetteh, serta pemain tengah berbakat besar, Alex Agyarkwa.

Apapun, ia merupakan persaingan sihat buat barisan pemain Selangor untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, serta memberi ruang besar untuk barisan kejurulatihan memilih yang terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN