Stefano Brundo: Pertahanan Dengan Statistik Penyudah Lebih Tinggi Berbanding Penyerang Utama Sri Pahang

Pertahanan import Sri Pahang musim ini, Stefano Brundo boleh dianggap sebagai pemain paling berbaloi ditandatangani kelab tersebut menerusi aksi konsisten ditampilkan beliau ketika ini dalam saingan Liga Super.

Brundo merupakan pertahanan yang berasal dari Argentina, Sri Pahang menjadi pasukan pertama diwakili beliau di Asia Tenggara sejak awal penglibatan pemain ini dalam kancah bola sepak profesional.

Pada awalnya, Brundo ini tidak begitu diberi perhatian ramai kerana Sri Pahang juga tidak begitu menggembar gemburkan aksi pemain ini pada pramusim serta dalam sesi latihan.

Tetapi, siapa sangka ketika ini Brundo tampil selaku penjaring terbanyak buat Sri Pahang serta menjadi tunjang penting kekuatan pasukan tersebut di posisi bertahan dan serangan.

Sehingga lapan perlawanan ini, Brundo sudah pun mencatat lima jaringan secara keseluruhan buat pasukan tersebut selain membantu Sri Pahang menjadi antara kelab paling sedikit dibolosi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Malah, statistik pembabitan Brundo di posisi serangan lebih baik berbanding penyerang utama Sri Pahang iaitu Kpah Sherman serta Lucas da Silva.

Statistik menyaksikan Brundo telah pun melepaskan 17 percubaan secara keseluruhan, dengan tujuh daripadanya tepat menuju ke gawang gol pasukan lawan.

Peratus percubaan tepat dilakar oleh Brundo juga agak baik selaku seorang yang bermain di posisi pertahanan dengan merekodkan 41.2% sepanjang lapan perlawanan dihadapi.

Daripada segi rekod bertahan, Brundo antara pemain yang berdisiplin di atas padang selepas hanya mengutip satu kad kuning sahaja, walaupun terlibat dalam 12 kesalahan.

Kelebihan Brundo yang menyinar di hadapan gawang ni merupakan sesuatu yang sangat membantu Sri Pahang dalan mendapatkan gol, jika Sherman serta Lucas dirantai oleh pertahanan lawan.

Menerusi aset kekuatan fizikal, skil kawalan bola, serta sentiasa bijak berada di posisi tepat untuk menerima umpanan menjadikan Brundo sebagai suatu aset penting buat pasukan.

Kelibat Brundo pastinya mengingatkan penyokong Sri Pahang kepada bekas pertahanan kental mereka yang beraksi seakan sama iaitu Mark Herold Goulon.

Setelah beberapa musim menabur bakti bersama Sri Pahang selaku salah seorang pertahanan digeruni lawan, Goulon telah pun berhijrah nenyertai Negeri Sembilan sejak musim lalu.

Selepas ketiadaan Goulon, jelas Sri Pahang sedikit bergelut untuk mendapatkan pemain import berkualiti di posisi tersebut dengan Sherzod Fayziev serta Johan Martial kurang memberi impak buat pasukan.

Kemasukan Brundo musim ini pastinya memberi nafa lega buat Fandi Ahmad, selepad mereka menjadi pasukan kedua selepas JDT yang masih lagi belum merekodkan kekalahan dalam aksi liga.

Malah, Brundo juga menjadi wira buat Sri Pahang untuk meletakkan mereka kini di tangga ketiga liga, selepas jaringan tunggalnya pada aksi lalu ketika berdepan Kelantan United memberi kemenangan berharga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN