Lebih Ramai Pemain Tempatan Mungkin Ikut Jejak Langkah Hadi Fayyadh Berhijrah Ke Jepun

Pengarah urusan YAKULT Malaysia, Hiroshi Hamada sedia membawa pemain Malaysia yang lain mengikut jejak langkah penyerang skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Hadi Fayyadh  Abdul Razak yang menyertai kelab divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama selama setahun.

Bercakap kepada Kosmo, YAKULT sebagai syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia akan memainkan peranan mereka untuk membawa lebih ramai pemain bola sepak professional mencuba nasib untuk mendapatkan tempat dalam liga terbaik asia itu.

Beliau juga menyifatkan kejayaan Hadi akan memberikan motivasi tambahan kepada pemain tempatan untuk memburu peluang beraksi di peringkat tertinggi.

“Kejayaan Hadi mendapat tempat bersama Fagiano Okaya­ma merupakan kegembiraan kepada pihak kami dalam usaha menaikkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

“Hadi menyuarakan keinginannya untuk bermain di Jepun selepas Kejohanan Bola Sepak Piala Sanix yang berlangsung Mac lepas dan kami berusaha membantunya mendapatkan tempat di Jepun.

“Saya mengharapkan kejayaan Hadi akan membuka ruang lebih ramai lagi pemain muda Malaysia beraksi pada saingan J-League. Pihak kami juga akan membantu mana-mana pemain yang ingin mencuba nasib di Jepun,” katanya dalam kosmo.

Hadi Fayyadh mengikat kontrak selama setahun dengan Fagiano Okayama.

Hadi akan membarisi kesebelasan utama Fagiano Okayama jika pamer prestasi terbaik

Pengurus Besar Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki yakin dengan kemampuan Hadi Fayyadh dan berharap beliau dapat membantu kelab itu untuk layak ke saingan divisyen satu, J-League pada musim depan.

“Kami akan memberikan peluang yang sama rata kepada semua pemain dan jika Hadi berjaya menunjukkan prestasi yang baik, dia akan diturunkan dalam kesebelasan utama setiap perlawanan.

“Kami juga mengharapkan agar Hadi dapat membantu kelab ini layak ke Divisyen Satu, J-League tahun depan. Sebagai pemain muda ini, kami akan menyediakan sesi latihan khas buat Hadi dan pemain muda lain bagi meningkatkan kemahiran bola sepak mereka,” katanya

Sebelum ini, Hadi pernah menjalani latihan bersama satu lagi kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu pada Ogos lalu namun masih tiada jawapan daripada pihak Kumamoto. Kemasukan ke Fagiano Okayama bermakna impiannya untuk beraksi di luar negara menjadi kenyataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN