Inter Milan Gantung Radja Nainggolan Kerana Masalah Disiplin

Radja Nainggolan memang dikenali dengan masalah cara hidup terutama sekali aktviti lewat malam serta masalah displin di luar padang.

Pada Januari lalu beliau memuat naik video meneguk alkolhol dan merokok ketika berpesta menyambut tahun baru. AS Roma memberikan amaran dan beliau disisihkan daripada kesebelasan utama. Selepas itu beliau membuat kenyataan maaf kepada semua pihak.

Itu antara sebab kenapa beliau tidak mendapat tempat dalam pasukan Belgium kerana Roberto Martinez dikatakan tidak selesa dengan sikap Nainggolan yang sukar dikawal.

Pada Euro 2016, Nainggolan dikatakan pernah meminta bilik hotel khas supaya beliau boleh merokok.

Ramai juga penyokong Belgium bengang dengan tindakan Martinez yang dikatakan lebih bencikan perokok daripada pemain tengah hebat. Namun ternyata tanpa Nainggolan, Belgium berjaya menamatkan saingan di tangga ke-3 – terbaik dalam sejarah mereka.

Selepas itu, Inter Milan berusaha mendapatkan Nainggolan. Luciano Spalletti yakin akan dapat mengawal pemain tersebut.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 28: Radja Nainggolan of Inter Milan reacts after being substituted off by Luciano Spalletti, Manager of Inter Milan during the UEFA Champions League Group B match between Tottenham Hotspur and FC Internazionale at Wembley Stadium on November 28, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Ketika dalam proses pemulihan kecergasan beliau pernah bertengkar dengan penyokong Inter Milan yang menyuruhnya balik – selepas berada di kelab malam pada 2 pagi.

Inte Milan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Nainggolan ketika itu. Namun selepas Inter Milan gagal mencatatkan keputusan positif, segala isu kini menjadi perhatian.

Bak kata Roy Keane tempoh hari, dalam bola sepak apabila anda mencatatkan kemenangan dan keputusan positif, orang akan tutup mata di atas apa sahaja ragam pelik para pemain di luar padang. Inter Milan kini 16 mata di belakang pendahulu liga – Juventus.

Pada Ahad lalu Inter Milan telah memutuskan unuk menghukum Nainggolan atas sebab disiplin. Beliau kerapkali melanggar peraturan dan kemudian gagal mencapai beberapa sasaran oleh kelab berkaitan dengan kecergasan fizikal dan juga permainan.

Oleh itu, Inter Milan menggantung Nainggolan sementara – daripada sebarang aktviti bola sepak. Beliau berada dilarang berada di perkarangan kompleks sukan Inter Milan sepanjang tempoh hukuman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN