Harry Kane diakui sebagai antara penyerang yang cukup tajam dalam saingan Premier League.
Beliau jelas sekali antara pemain yang boleh diharapkan untuk mencari gol saban minggu. Walaupun sudah banyak gol, tetapi satu yang Kane tiada – kejuaraan.
Kane sebelum ini pernah saja dikaitkan dengan perpindahan keluar ke kelab yang lebih besar berbanding Tottenham Hotspur dengan potensi memenangi piala lebih luas. Namun, Peter Crouch berasa elok saja Kane kekal di utara London saja.
Bukanlah mahu bersifat dengki dengan kejayaan Kane, tetapi Crouch berasakan jika pemain itu berjaya mendapatkan piala di utara London ianya pasti lebih manis.
“Jika dia berjaya mendapatkan kejuaraan di Tottenham Hotspur, ianya adalah 10 kali lebih hebat berbanding pergi ke Real Madrid dan menjuarai sesuatu.”
“Hujan emas di bumi orang, hujan batu di bumi sendiri, lebih baik di bumi sendiri,” kata Crouch menerusi MARCA.
Pada pandangan Crouch, jika Kane berjaya bawa kejayaan kepada Tottenham pasti pihak kelab akan melakukan penghargaan yang hebat kepadanya.
“Saya fikir jika dia rasakan yang ada peluang yang lebih besar untuknya menang piala di Tottenham jadi memenanginya bersama mereka pasti membawa lebih makna kepada Kane berbanding memenangi liga di negara lain.”
“Di Tottenham, jika dia berjaya tamatkan karier di sana atau membawa kejayaan kepada pasukan pasti pihak kelab akan bina tugu khas untuknya, bukan?”
Baca juga artikel kami mengenai Harry Kane:
Manchester City Sediakan £90 Juta Untuk Dapatkan Harry Kane (semuanyabola.com)
UEL 2020/21: Hatrik Harry Kane Warnai Kemaraan Spurs (semuanyabola.com)