Lebih Baik Odegaard Tidak Kembali Ke Real Madrid Terlalu Awal

Martin Odegaard

Hanya selepas hampir lima tahun menyertai Real Madrid, Martin Odegaard akhirnya berjaya membuktikan beliau adalah pemain yang benar-benar layak untuk bersama skuad ‘The Galacticos’ menerusi persembahan cemerlangnya bersama Real Sociedad musim ini.

Kini timbul persoalan mengenai masa depan pemain tengah berusia 21 tahun itu sama ada beliau akan kembali ke Santiago Barnebeu atau terus kekal bersama Sociedad untuk tempoh semusim lagi.

Kontrak pinjaman Odegaard bersama kelab yang berpangkalan di wilayah Basque itu hanya untuk tempoh setahun, tetapi terdapat pilihan untuk tambahan setahun lagi.

Ketua Jurulatih Real Sociedad, Imanol Alguacil dalam laporan Bein Sports menjelaskan beliau percaya Odegaard akan memilih untuk kekal di kelabnya itu untuk musim akan datang berbanding kembali ke Real Madrid.

Pembelian Odegaard oleh Real Madrid pada 2015 ketika berusia 16 tahun dikatakan hanya semata-mata untuk tujuan ‘pemasaran’ dan publisuti seperti yang didedahkan oleh Carlo Ancelotti sebelum ini.

Pemain itu kemudian dipinjamkan ke kelab Belanda, Heerenveen dan Vitesse, namun namanya seakan-akan hilang dari radar sebelum secara tiba-tiba mencipta fenomena baharu bersama Sociedad musim ini.

Timbul spekulasi mengatakan Real Madrid akan menjual Odegaard bagi mendapatkan dana untuk menampung kewangan kelab yang terjejas akibat pandemik wabak yang sedang melanda ketika ini.

Bagaimanapun, Zinedine Zidane juga kini melihat pemain kebangsaan Norway itu amat penting untuk perancangan jangka masa panjangnya bagi menjadi pengganti tonggak tengah Luka Modric yang dijangka meninggalkan Real Madrid tidak lama lagi atas faktor umur.

Presiden Real Sociedad, Jokin Apperibay dalam satu temubual di stesen radio berharap Odegaard dapat terus kekal di San Sebastian untuk satu musim lagi demi perkembangan kariernya di mana pemain itu akan dijamin minit permainan yang jauh lebih banyak berbanding jika beliau kembali ke Real Madrid.

“Memang Martin [Odegaard] sedang melalui musim yang hebat, tetapi seperti yang selalu saya sebut, ia disebabkan beliau berusaha keras dan kebolehannya meningkat hasil dari latihan yang baik di sini,” kata Imanol.

“Dia tahu kelab ini telah banyak membantunya dan beliau membalasnya dengan menampilkan aksi terbaik di atas padang. Jadi saya rasa dia sangat gembira dan teruja untuk terus kekal di sini.”

Setakat ini, Odegaard telah menjaringkan empat gol dan menyumbang lima bantuan jaringan sepanjang 23 perlawanan liga pada musim ini.

Semasa saingan La Liga dihentikan pada bulan Mac lalu, Sociedad berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 46 mata mengatasi Getafe dengan perbezaan gol dan satu mata di atas Atletico Madrid.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Martin Odegaard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN