‘Lebih 120 Kematian’ – Ini Kronologi Penuh Tragedi Berdarah Derbi Jawa Timur

Bola sepak Indonesia berdepan episod duka apabila berlaku insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang selepas aksi derbi Jawa Timur yang menyaksikan kekelahan pasukan tuan rumah Arema Malang kepada Persebaya Surabaya pada Sabtu.

Berdasarkan angka rasmi oleh pihak berkuasa, 127 orang telah disahkan meninggal dunia, majoritinya akibat dipijak ketika penyokong berasak-asak keluar dari stadium.

Berikut merupakan kronologi penuh yang dikongsikan oleh seorang penyokong Arema, Rezqi Wahyu menerusi bebenang Twitter.

Keadaan semasa sesi pemanasan badan dan sepak mula berlangsung dengan keadaan aman sahaja. Namun ianya bermula dengan perang psikologi yang dimulakan oleh penyokong Arema terhadap pemain-pemain Persebaya.

Selepas selesai babak pertama, terdapat sedikit kekecohan yang berlaku di tribun 12 dan 13, namun ia masih dapat dikawal oleh pihak berkuasa keselamatan.

Masuk separuh masa kedua ketika Persebaya mendahului 3-2, dan usaha Arema untuk mendapatkan gol penyamaan menemui jalan buntu membuatkan suasana di dalam stadium semakin ‘panas’.

Segalanya bermula sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Pemain Arema jelas kecewa dengan kekalahan yang dialami. Jurulatih dan pengurus mula mendekati penyokong yang berada tempat duduk di bahagian timur untuk memohon maaf.

Kemudian terdapat seorang penyokong yang masuk ke dalam padang di bahagian selatan dan menuju ke arah pemain import Sergio Silva dan Adilson Maringa. Ia diikuti oleh beberapa orang penyokong lagi yang kemudian meluru ke arah pemain-pemain lain bagi meluahkan kekecewaan.

Namun akibatnya semakin banyak penyokong yang masuk ke dalam kawasan padang mengakibatkan kekecohan diiukuti oleh balingan objek sehingga keadaan tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa keselamatan.

https://twitter.com/plus62post/status/1576364547245367296?s=20&t=NYkTW3uhzqi68ESYzmSk5A

Pemain dan semua pegawai pasukan akhirnya diiring masuk ke dalam bilik persalinan, tetapi keadaan di dalam padang dipenuhi oleh penyokong dan suasana semakin membimbangkan.

Detik insiden ganas bermula apabila pihak keselamatan mula menembak gas pemedih mata ke arah penyokong yang berada di kawasan padang, lalu ia dibalas dengan serangan fizikal termasuk lemparan objek dari tempat duduk.

Akibat tembakan gas pemedih mata yang semakin banyak, sebahagian penyokong cuba mula panik dan berlari mencari pintu keluar, tapi malangnya keadaan di laluan keluar amat sesak dengan penyokong yang berasak-asak termasuk golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Keadaan di luar stadium begitu tragis apabila kelihatan terdapat penyokong yang pengsan, berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Pada waktu itu dipercaya sudah ada beberapa kematian akibat dipijak.

Kira-kira jam 10.30 malam, sebahagian penyokong mula merusuh dengna menyerang kenderaan pihak keselamatan termasuk lemparan objek dan ia menyebabkan gas pemedih mata dilepaskan pula di kawasan luar stadium.

Keadaan tersebut membuatkan semakin banyak penyokong bergelimpangan akibat lemas. Jeritan, teriakan dan tangisan jelas kedengaran.

Kebanyakan pihak mula menyalahkan pihak berkuasa keselamatan kerana membuatkan keadaan panik kerana melepaskan gas pemedih mata.

Namun Ketua Polis Jatim, Inpektor Jeneral Dr. Nico Afinta dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Bola.com menjelaskan pihaknya mempunyai alasan yang kuat untuk menggunakan cara tersebut bagi melindungi keselamatan para petugas dan pihak polis yang diserang oleh sebahagian penyokong.

Namun tindakan berkenaan terus mendapat kritikan kerana berdasarkan peraturan keselamatan FIFA fasal 19, penggunaan gas pemedih mata untuk menyuaraikan rusuhan penyokong di dalam stadium tidak dibolehkan sama sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN