“Lazio Tak Tahu Apa-Apa Pun” – Fans Garuda Dilabel Syok Sendiri Mengenai Perpindahan Pratama Arhan

“Lazio tak tau apa-apa pun,” itulah kata-kata pengesahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS Semarang, Yoyok Sukawi mengenai status pemainnya yang juga merupakan bek kiri skuad kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan yang dikatakan menarik minat kelab Serie A Itali itu.

Pengesahan oleh Yoyok Sukawi itu juga bermakna PSIS Semarang tidak pernah mendapat apa-apa tawaran dan tidak tahu menahu mengenai minat kelab Serie A terhadap Pratama Arhan seperti yang digembar gemburkan oleh beberapa media dari negara itu sebelum ini.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Menurut Yoyok lagi, perkhabaran tersebut hanya khabar angin selepas seorang wartawan peribadi memberikan pendapat peribadinya mengenai pemain itu di Twitter baru-baru ini.

“Biarkan saja, ia cuma khabar angin. Yang mengatakan [Jerry Mancini], berpendapat pemain itu layak ke Lazio. Lazio pula tidak tahu apa-apa, tetapi yang heboh [syok sendiri] kita,” kata Yoyok Sukawi kepada VocketFC Indonesia.

Yoyok Sukawi juga berpendapat tidak perlu untuk mana-mana pihak memikirkan lebih jauh mengenai khabar Pratama Arhan akan ke Lazio, kerana perbuatan tersebut dianggap membuang tenaga.

“Tak perlu respons. Habiskan tenaga sahaja,” tambahnya lagi.

Apa yang dikatakan oleh Yoyok Sukawi juga pasti ada kaitan dengan tindakan segelintir netizen dan penyokong bola sepak Indonesia yang pantas membanjiri ruangan komen akaun Instagram rasmi kelab Serie A itu selepas khabar angin tersebut mulai tersebar.

Akaun Instagram Lazio mulai dibanjiri komen oleh netizen Indonesia.

Khabar angin perpindahan Pratama Arhan ke Itali bermula selepas satu ciapan daripada seorang wartawan bola sepak Itali, Jerry Mancini mencadangkan Lazio untuk mendapatkan bek kiri itu selepas mengikuti perkembangan Pratama di pertandingan Piala AFF 2020 yang lalu.

Jerry Mancini melalui ciapannya nyata kagum melihat jaringan cantik Pratama Arhan ketika membantu Indonesia menewaskan Malaysia 4-1 dalam aksi peringkat kumpulan kejohanan bola sepak Asia Tenggara itu.

Ciapan daripada Jerry Mancini turut diikuti oleh sebuah laporan oleh Lazio Press, iaitu media yang membuat liputan eksklusif khusus untuk kelab yang berpengkalan di Roma itu.

Laporan tersebut turut melaporkan minat Lazio untuk mendatangkan Pratama Arhan ke Stadium Olimpico.

Seperti dikatakan Yoyok Sukawi, buat masa ini perkhabaran tersebut hanyalah khabar angin. Mustahil pihak kelab Pratama Arhan sendiri tidak mengetahui sekiranya Lazio benar-benar berminat untuk mendapatkan pemainnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN