Lazio dan Juventus beraksi dalam perlawanan penuh debaran untuk menandakan pembukaan musim bola sepak Itali ataupun Piala Super Itali.
2 gol dalam masa kecederaan antara kisah yang membuatkan perlawanan ini menjadi perlawanan yang membuatkan jantung boleh luruh.
Juventus mendominasi perlawanan pada awalnya. Mereka banyak menyerang ke kubu Lazio. Namun begitu, Ciro Immobile membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti.
Immobile menambah jaringan peribadi beliau untuk menggandakan kelebihan untuk Lazio menerusi tandukan yang menerjah gawang Juventus.
Tersentak dengan 2 gol itu, Juventus menggandakan serangan. Namun mereka agak buntu.
Ketika Lazio bersedia meraikan kemenangan Piala Super Itali 2017, Dybala merapatkan kedudukan pada minit ke-85. Lebih menarik pada masa kecederaan, Dybala menyamakan kedudukan untuk Juventus dengan menyempurnakan penalti.
Namun begitu, Allesandro Murgia memastikan Lazio kembali di hadapan 2 minit selepas itu, juga pada masa kecederaan. Lazio menjuarai Piala Super Itali
Ini adalah kali ke-2 berturut-turut Juventus tewas dalam 6 penampilan berturut-turut mereka dalam Piala Super Itali. Musim lalu, Juventus dikejutkan AC Milan yang baru melantik pengurus muda mereka.
Kejayaan Lazio ini adalah yang ke-4 di dalam sejarah kelab mereka. Kali terakhir Lazio memenangi Piala Super Itali adalah pada 2009.
Sebagai perbandingan, Juventus menjuarai Piala Super Itali ini sebanyak 7 kali, jumlah yang sama dengan AC Milan.