Mourinho: “Ada Perkara Yang Tak Kena Di Chelsea Menyebabkan Penjualan Nemanja Matic”

Nemanja Matic menunjukkan persembahan yang cemerlang untuk Manchester United dalam kemenangan 4-0 bertemu West Ham dalam saingan minggu pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam tadi.

Jose Mourinho jelas individu yang sangat gembira dengan persembahan Matic dan tidak menyangka berjaya membawa pemain tengah itu dari Chelsea pada jendela perpindahan kali ini.

Kesanggupan Chelsea untuk melepaskan Nemanja Matic ke pesaing utama mereka dalam saingan domestik, masih menjadi tanda tanya ramai pemerhati bola sepak.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Jose Mourinho yang mempunyai pengalaman mengendalikan skuad Chelsea beberapa musim sejak era Roman Abrahimovic pula berpendapat ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di sebalik tabir sehingga membenarkan penjualan Nemanja Matic dari Stamford Bridge.

Manchester United menandatangani Matic dari juara EPL itu pada harga sekitar £40 juta.

Sejak daripada itu, pemain antarabangsa Serbia itu telah menampilkan siri permainan yang cemerlang untuk Red Devils termasuk ketika tewas 1-2 kepada Real Madrid dalam perlawanan UEFA Super Cup.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan tidak gembira dengan penjualan Matic yang merupakan anggota kesebelasan utama The Blues pada musim lepas. Mourinho turut mengakui dirinya terkejut apabila Chelsea sanggup melepaskan pemain tersebut.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Ia bergantung kepada apa yang berlaku di sebalik tabir di Stamford Bridge,” kata Mourinho.

“Dan kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang kita tahu, saya membawa Matic ke Stamford Bridge sebelum ini kerana kualiti yang dimiliki oleh pemain tersebut. Saya berpendapat Matic memiliki kebolehan yang luar biasa,” jelas Jose Mourinho lagi.

“Sejak meninggalkan Chelsea, saya akui Matic adalah pemain yang sempurna untuk United. Namun saya tidak mengganggu Matic mahu pun Chelsea. Ini kerana saya tahu ia adalah mustahil melainkan ada sesuatu yang luar biasa terjadi di Chelsea,” kata Mourinho.

“Kemudian ia tampak seperti sesuatu telah terjadi. Ejen Matic menghubungi kami dan memberitahu: “anda boleh dapatkan Matic. Anda hanya perlu membayar harga yang diminta.” Saya tidak pernah menjangkakan itu.”

“Kini Matic adalah pemain kami di Manchester United, dan saya gembira untuk itu,” jelas Mourinho lebih lanjut.

(Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)
Restrictions

Mengenai Victor Lindelof yang tidak diturunkan ketika menentang West Ham, Mourinho berpendapat pemain antarabangsa Sweden itu memerlukan lebih masa untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan corak permainan di Liga Inggeris.

“Lindelof adalah seorang pemain pertahanan yang hebat, namun memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Buat masa sekarang.”

Lindelof akan memperolehi masa itu. Kita kena bersabar dan biarlah Lindelof melangkah selangkah demi selangkah kerana dia adalah seorang pemain yang hebat,” ujar Mourinho.

Sumber:

1. Omnisport, Yahoo Sport (2017): ‘Something was happening’ at Chelsea to allow Matic sale, Mourinho claims; https://sports.yahoo.com/apos-something-happening-apos-chelsea-202522579.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN