Kelab Itali, Lazio telah mencapai persetujuan bersama Manchester United untuk mendapatkan Andreas Pereira secara pinjaman untuk musim 2020/21.
Pemain tengah berusia 24 tahun itu sememangnya dijangka akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dalam masa terdekat selepas gagal disenaraikan dalam skuad utama untuk beberapa perlawanan sejak awal musim ini.
Dengan kehadiran dua bintang iaitu Bruno Fernandes dan yang terbaharu Donny van de Beek, di bahagian masa depan pemain Brazil tersebut di Old Trafford dilihat semakin malap dan sukar untuknya bersaing dengan beberapa pemain lain seperti Paul Pogba, Nemanja Matic, Fred dan Scott McTominay.
Lazio have offered a loan with buy option to Manchester United for Andreas Pereira. #MUFC are open to loan him out – but there’s still no agreement about how to share his salary. 🔴 @SkySport #MUFC #Lazio https://t.co/tWwu3xdBoL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 28, 2020
Pemerhati bola sepak juga melihat sekalipun sebelum ini beliau pernah dipinjamkan ke Granada dan Valencia. namun perkembangannya agak terbantut dan tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh satu atau dua tahun kebelakangan ini.
Lazio berkemungkinan besar akan memasukkan pilihan tawaran pembelian secara tetap sebanyak €15 juta pada penghujung musim dalam kontrak pinjamannya.
Pereira yang juga merupakan produk Akademi United telah membuat 75 penampilan dalam semua pertandingam, namun hanya berhasil menjaringkan empat gol dan mencatat lima bantuan jaringan.
📝 | Lazio are working to sign Andreas Pereira on loan with an option to buy for €15m. There is still distance between Lazio’s offer and Pereira’s requests. Lazio also need to sell Felipe Caicedo to make room in their squad #MUFC [Sky] pic.twitter.com/ZWikhW11Ek
— UtdXclusive (@UtdXclusive) September 28, 2020
Sekalipun kurang digemari oleh penyokong The Red Devils, pengurus Lazio, Simeone Inzaghi melihat potensi Pereira mampu mengukuhkan bahagian tengah pasukannya untuk menjadi salah satu pesaing di saingan Serie A musim ini.
Selain Pereira, United juga berharat untuk menjual beberapa pemain lain untuk mengurangkan kos operasi kelab. Chris Smalling, Phil Jones, Marcos Rojo, Sergio Romero, Diogo Dalot dan Jesse Lingard juga telah pun diminta untuk mencari kelab baharu.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: