“Layak Latih El Tri” – Kejayaan Mora Bersama JDT Turut Dapat Liputan Meluas Di Mexico

Kejayaan terbaru Benjamin Mora memimpin JDT memenangi Piala Sumbangsih 2022 baru-baru ini turut mendapat liputan meluas media antarabangsa terutama di negara asal jurulatih itu di Mexico.

Pada Sabtu lalu jurulatih berusia 42 tahun itu memastikan JDT muncul juara Piala Sumbangsih apabila dengan bergaya selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dengan jaringan 3-0.

Antara yang memberikan liputan adalah AS Mexico, dengan tajuk: “Benjamin Mora raih kejuaraan terbaru di Malaysia”.

Tangkap layar perkongsian AS Mexico mengenai kejayaan Benjamin Mora bersama JDT.

AS Mexico menyifatkan Mora sebagai pakar strategi yang terus mencipta sejarah di dalam bola sepak Malaysia dan meraih kejuaraan ketujuh beliau bersama JDT.

Malah akhbar itu turut berkongsi pendapat netizen di Mexico yang berkongsi sokongan peminat bola sepak di Mexico agar Mora dipertimbangkan sebagai pengendali skuad kebangsaan negara (El Tri) itu untuk menggantikan Gerardo Martino suatu hari nanti.

Cadangan tersebut turut mendapat respon daripada Mora sendiri yang membalas cadangan tersebut melalui satu ciapan: “Semuanya tampak cerah. Mungkin satu hari nanti. Mengapa tidak?”

Tidak ketinggalan membuat liputan kejayaan Mora bersama JDT adalah ESPN Mexico dengan tajuk artikel: “Benjamin Mora, Jurulatih Mexico Yang Meraih 19 Kejuaraan Di Malaysia.”

Artikel daripada ESPN Mexico itu turut menceritkan bagaimana JDT kendalian Mora dengan mudah menewaskan tentangan KL City FC.

Tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah atas kejayaan jurlatih yang memulakan karier kejurulatihan bersama sebuah kelab di Tijuana itu adalah wartawan sukan di Mexico seperti Juan Pablo Fernandez dan Raul Sarmiento.

Benjamin Mora menyertai JDT pada musim 2016, pada mulanya bergelar pengendali JDTII sebelum mengambil alih sementara skuad utama Harimau Selatan pada 2017.

Walaupun bergelar pengendali interim pada ketika itu – setelah Mario Gomez meninggalkan JDT 4 hari sebelum Piala Sumbangsih – Mora dianggap calon yang paling sesuai oleh Alistair Edwards kerana beliau sememangnya merupakan individu yang berada di dalam sistem JDT sejak sebelum itu.

Penghujung Musim 2018 menyaksikan Mora dilantik sekali lagi sebagai pengendali juara Liga Super itu menggantikan Raul Longhi. Beliau tidak menoleh ke belakang lagi selepas itu.\

Musim 2019 pastinya musim yang tidak dilupakan oleh Mora setelah berjaya membawa JDT muncul juara Liga Super buat kali ke-6 dan juara Piala Malaysia – buat kali kedua dalam sejarah singkat kelab ini.

Kejayaan tersebut diteruskan pada 2020 dan 2021 apabila sekali lagi beliau membantu kelab itu muncul juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut.

Jurulatih itu turut memberikan impak di pertandingan AFC Champions League, mencipta sejarah buat JDT dan bola sepak negara apabila taktikal ampuh beliau memerangkap juara Asia, Kashima Antlers di Larkin yang menjadi kemenangan sulung pasukan negara dari selatan tanah air ini di pertandingan berprestij Asia, Liga Juara-Juara AFC pada musim 2019.

Fokus Mora dan anak buahnya kini akan beralih ke saingan Liga Super Malaysia yang bermula pada hujung minggu ini, dan JDT dijadualkan akan melayan kunjungan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN