Latihan Penjaga Gol Yang Unik Ini Punca Mengapa AS Monaco Baru Bolos 1 Gol Dalam Champions League

Okay. Tajuk tersebut mungkin kedengaran terlalu kurang ajar kepada pemain-pemain pertahanan AS Monaco yang hebat seperti Ricardo Carvalho, Andrea Raggi, Aymen Abdennour dan Layvin Kurzawa tetapi kita harus mengakui latihan penjaga gol AS Monaco sangat unik dan boleh dicontohi oleh pasukan-pasukan bola sepak yang lain.

Dalam Champions League ketika ini, AS Monaco baru bolos SEKALI (walaupun mereka hanya menjaringkan 4 gol) dalam 6 perlawanan kumpulan. Dalam Ligue 1, mereka juga merupakan yang bolos paling sedikit dengan hanya 19 gol dilepaskan daripada 25 perlawanan.

Mungkinkah penyerang Arsenal akan berdepan dengan kesukaran untuk menjaringkan gol di hadapan barisan pertahanan dan penjaga gol mereka yang kedekut gol ketika ini?

Ketika ini, penjaga gol utama AS Monaco adalah Danijel Subašić (yang juga merupakan penjaga gol utama Croatia). Di bawah Subašić, AS Monaco mempunyai Maarten Stekelenburg (penjaga gol Belanda yang dipinjamkan dari Fulham). Penjaga gol ketiga mereka pula adalah Marc-Aurèle Caillard, penjaga gol muda AS Monaco.

Berikut merupakan latihan penjaga gol mereka yang direka khas oleh jurulatih penjaga gol mereka, Andre Amitrano.

Melatih refleks penjaga gol

a. Selain bola sepak, anda perlukan bola tenis

tennisball

b. Penjaga gol perlu menghantar bola tenis yang dibaling oleh jurulatih dengan kaki, melalui halangan dan menepis bola yang disepak oleh penjaga gol kedua pula.


 

 

Melatih konsentrasi + refleks + ketangkasan (agility) penjaga gol

Dua penjaga gol bertukar-tukar hantaran dengan kepala/kaki sebelum salah seorang daripada mereka perlu menepis bola rembatan jurulatih.


 

 

Melatih positioning penjaga gol di tengah dan near post

 

Melatih refleks dan handling penjaga gol


 

 

Ini adalah antara siri-siri latihan penjaga gol yang paling unik pernah kami lihat. Apa lagi latihan-latihan penjaga gol yang menarik pernah anda lalui atau lihat? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN