Penalti: Perjudi Nasib Atau Hasil Kajian Yang Teliti

Pada edisi Piala Dunia 2006, pertemuan suku akhir antara Jerman dan Argentina berakhir dengan sepakan penalti. Jens Lehmann adalah penjaga gol Jerman pada ketika itu.

Penalti adalah loteri nasib, kata orang. Tetapi Jens Lehmann kata tidak. Sebelum perlawanan lagi, Jens Lehmann sudah membuat satu nota kecil yang disimpan di shin pad nya.

maxresdefault

 

Dalam notanya, Lehmann mencatat nama pemain Argentina di dalam dua kolum. Kolum kiri untuk mereka yang suka sepak sebelah kiri dan kolum kanan untuk kolum sebelah kanan.

Lehmann meneka arah sepakan dengan tepat bagi semua pemain Argentina dan berjaya menyelamatkan sepakan Roberto Ayala.

Dalam sepakan penentuan terakhir, Esteban “Cuchu” Cambiasso menyepak ke arah kiri Lehmann.

Guess what?

Lehmann berjaya menyelamatkannya dan Jerman mara ke separuh akhir.

Mungkin video ini bakal membantu anda memahami apa yang kami cuba sampaikan:

Tambahan info: Menurut artikel dari Mirror.co.uk, Jens Lehmann telah membuang nota tersebut di dalam tong sampah selepas tamat perlawanan. Beliau kemudiannya mengambil semula nota tersebut dari dalam tong sampah selepas memikirkan yang ianya boleh ditunjukkan kepada anak-anaknya.

Sehari selepas itu, nota Lehmann menjadi sensasi di Jerman dan ada syarikat menyumbang sebanyak 1 juta euro untuk mendapatkannya semasa jualan amal. Nota Lehmann sekarang ini diabadikan di salah sebuah muzium di Jerman sebagai peringatan untuk Piala Dunia 2006.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN