Piala Malaysia: Larkin Lengang, Mana Pergi Penyokong JDT?

Dua perlawanan peringkat kumpulan menjadi tumpuan malam tadi. Terengganu melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, menyaksikan pasukan kendalian jurulatih interim, Nafuzi Zain menang 3-1 untuk tiga mata berharga di Kumpulan A.

Itu kisah di Kumpulan A. Turut berlangsung pada malam tadi ialah satu perlawanan melibatkan pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim yang melayan kunjungan UiTM FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, di Larkin.

Skrip perlawanan di Larkin hampir serupa seperti di Kuala Terengganu. Seperti dijangka juara Liga Super Malaysia (MSL) enam kali berturut-turut menang mudah 3-1, untuk turut memulakan kempen dengan tiga mata pertama.

Dua atmosfera berbeza

Namun ada sesuatu yang menganggu sekiranya perbandingan diantara kedua-dua venue diperhatikan.

Jika tangkap layar di kedua-dua venue seperti diatas ketika siaran langsung perlawanan di iflix ini dibandingkan, jelas sekali terdapat perbezaan ketara kepada kehadiran penonton.

Soalannya ialah, ke manakah perginya penyokong JDT? Melalui tangkap layar di atas, venue di Kuala Terengganu tampak sesak dengan kehadiran penyokong, tetapi sebaliknya di Larkin.

Berdasarkan pengumuman di stadium pada malam tadi, sebenarnya tidak banyak perbezaan kehadiran penyokong di kedua-dua stadium. Kuala Terengganu mencatatkan jumlah 5,800 kehadiran penonton, manakala di Larkin, seramai 5,860 penyokong yang hadir.

Tetapi hadir ke pertandingan sebagai salah sebuah pasukan pilihan, sudah pasti ramai menjangkakan lebih ramai penyokong akan hadir di Larkin. Faktor kapasiti stadium juga mungkin mempengaruhi jumlah kehadiran di Kuala Terengganu.

TMJ turut kecewa?

Sebenarnya turut berkongsi perkara sama di atas adalah pemilik JDT sendiri, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Malah baginda turut melakukan perkongsian sama dari tangkap layar di atas di IG Story.

Turut berada di perkongsian IG Story mili TMJ.

Melalui perkongsian dari pembaca kami, juga ialah komen oleh baginda sendiri yang menyeru penyokong untuk hadir ke perlawanan.

Komen dari Instagram milik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Beberapa muat naik lain di IG Story baginda turut menggambarkan kekecewaan baginda terhadap kehadiran dan sambutan penyokong di stadium.

Gambaran beban yang perlu ditanggung oleh TMJ untuk memajukan JDT secara berseorangan? Di mana sokongan penyokong?

Gambaran di atas turut disertakan dengan kenyataan di bawah, juga dikongsikan melalui IG Story milik baginda.

Adakah ini bermakna TMJ akan mengundur diri dari JDT dengan ucapan selamat tinggal ini?

Penyokong perlu sedar

Semua pihak perlu sedar bahawa untuk memastikan kelangsungan sesebuah kelab bola sepak, ia memerlukan semua pihak untuk memainkan peranan.

Di JDT, penyokong boleh dianggap amat bertuah kerana memiliki seorang pemilik yang mempunyai minat dan kesungguhan di dalam bola sepak seperti TMJ.

FOTO: JST

Namun demikian, ini tidak bererti baginda boleh membina JDT secara sendirian, kerana penyokong adalah pemegang taruh utama kepada mana-mana kelab bola sepak.

Pada kami, perkongsian di IG Story di atas lebih kepada luahan kekecewaan baginda. JDT dibina dengan titik peluh dan kesungguhan oleh baginda sejak hari pertama mengambil alih.

Rumusan

Di sebalik semua ini juga, ia juga membuktikan betapa sukarnya untuk membentuk penyokong yang benar-benar berkualiti di negara ini.

Mana-mana pasukan di Malaysia yang membawa nama negeri, tidak sukar untuk memiliki penyokong secara kuantiti. Fakta ini boleh disokong ketika perlawanan akhir misalnya. Setiap pelusuk stadium akan dipenuhi oleh penyokong pasukan masing-masing.

“Sedih tetapi BENAR,” luah TMJ.

Posted by Semuanya BOLA on Wednesday, July 24, 2019

Tetapi penyokong yang berkualiti ialah penyokong yang mempunyai kualiti yang diperlukan untuk berada di belakang pasukan dan kelab – ketika senang atau susah – bukan sekadar bijak mengkritik, tetapi juga turut ‘walk the talk’ bersama-sama membina kelab untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sukar dipercayai perkara ini berlaku kepada kelab seperti JDT. Sekiranya alasan pada perlawanan akhir Liga Super yang lalu adalah kerana sambutan di Dataran JB, apa pula alasan penyokong mahu berikan kali ini?

Mesej dari artikel ini bukan sahaja ditujukan kepada JDT, tetapi juga kepada penyokong setiap pasukan bertanding. Sedarlah, dan kembalilah ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan anda. Jika bukan anda, siapa lagi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN