Laporan Perlawanan Piala Eropah 2016: Switzerland 1 Poland 1 (AET, Pens 4-5)

Ia adalah perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir yang pertama dilangsungkan. Perlawanan yang ke-4 dilangsungkan di St. Etienne pada Piala Eropah kali ini.
sq

Permulaan

5394

Switzerland turun dengan formasi 4-2-3-1. Manakala Poland bermain dengan formas 4-4-2. Namun dalam perlawanan, Poland progres kepada 4-4-1-1 dengan Lewandowski menjadi penyerang kedua di belakang Arek Milik.

Separuh masa pertama

Poland berpotensi mendahului perlawanan ini sekitar minit pertama perlawanan. Namun cubaan Arkadiusz Milik tidak menepati sasaran. Kemudian Switzerland bertindak balas dengan usaha Blerim Dzemaili yang misuced di near post. 

Poland sepatunya boleh mendapat lebih dari satu gol jika mereka lebih klinikal di hadapan gol. Grzegorz Krychowiak, Kamil Grosicki dan Milik semua gagal menyempurnakan  peluang mereka di dalam kotak penalti.

Pada minit ke-36 Dzemaili melakukan cubaan bahaya sekali lagi namun ketangkasan Fabianski menghalang Switzerland untuk mendahului.

Poland akhirnya di hadapan melalui gol veteran, Jakub Blaszczykowski. Pertahanan Swizerland yang agak kucar kacir dan gagal untuk mematikan gerakan Grosicki dan akhirnya mereka dihukum oleh Poland.

Blaszczykowski meleretkan bola di celah kangkang Sommer untuk gol pertama Poland dan mengekalkan jaringan itu sehingga rehat separuh masa.

3944

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, agak mengecewakan apabila Poland mengendurkan intensiti mereka selepas 60 minit.

Intensiti mereka memang tidak tinggi pada separuh masa pertama. Mereka tidak cukup keinginan untuk mencari gol kedua selepas itu.

Walaubagaimanapun pada minit ke-50 Lewandowski berjaya melakukan cubaan gol yang diselamatkan oleh Sommer.

Ricardo Rodriguez kemudian melakukan sepakan percuma yang sangat hampir untuk Switzerland menyamakan kedudukan. Namun save oleh Fabianski memang kelas dunia.

8 minit sebelum tamat perlawanan, Xheridan Shaqiri melakukan sepakan gunting di garisan luar kotak penalti. Ia adalah usaha yang spektakular untuk Switzerland menyamakan kedudukan. Goal of the tournament?

13466461_1165978620121649_2418926024816675660_n

Selepas gol itu, Poland baru menunjukkan lebih minat untuk mencari gol. Namun sayangnya tempo perlawanan sudahpun dimiliki oleh Switzerland.

Masa Tambahan 30 minit

3243

Perlawanan berlangsung dalam tempo sederhana dan tak banyak gerakan yang laju serta cubaan dilakukan. Pemain kedua dua pasukan kelihatan agak keletihan.

Namun aksi Shaqiri kian meningkat pada tempoh ini. Beliau mendapat banyak bola dan cuba untuk mencipta lebih peluang.

Hantaran Shaqiri kepada Eren Derdiyok hampir menghasilkan gol kemenangan tetapi tandukan penyerang itu diselamatkan Fabianski.

3834

Perlawanan berakhir dan penentuan akan dilakukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Penentuan Penalti

1

Poland selayaknya menang penentuan penalti dengan kualiti penalty takers mereka yang sangat walaupun banyak penalti mereka berjaya dibaca Somer.

Granit Xhaka satu satunya pemain yang gagal menjaringkan gol apabila rembatan beliau meliar ke bahagian kanan Fabianski. Satu teknik slice yang lemah.

3474

Poland menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas Krychowiak menyempurnakan tendangan ke-5 mereka.

5472

Verdict

Perlawanan Seimbang Dan Sukar

Perlawanan ini mengambil masa yang agak lama untuk kedua dua pasukan menyelesaikan isu formasi di dalam padang.

Ia kemudian menjadi agak sukar untuk kedua dua pasukan dengan kurangnya kreativiti di belakang striker untuk memecahkan blok pertahanan masing masing.

Pada separuh masa pertama, Switzerland lebih banyak cubaan gol namun kualiti penyudah mereka agak lemah dan pertahanan Poland juga banyak melakukan hadangan (block)

Poland agak bergantung kepada pertahanan mereka dan juga aksi Fabianski dalam perlawanan ini. Penyokong Poland pastinya masih menunggu taring sebenar Lewandowski dalam kejohanan kali ini.

Sikap tidak realistik Poland

Ia mengingatkan kami kepada England yang melonggarkan usaha untuk mencari gol kedua. Nasib baik mereka berjaya memenangi perlawanan ini menerusi penentuan penalti.

Euro kali ini adalah medan untuk gol lewat. Pada masa yang sama, kualiti kedua dua pasukan bukanlah beza terlalu jauh untuk Poland bermain pasif.

Pada masa yang sama kredit terbesar adalah untuk Lukasz Fabianski yang beraksi sangat cemerlang pada perlawanan ini.

Adakah ia kemenangan yang adil?

Berdasarkan keinginan, kami merasakan Switzerland lebih berhak untuk memenangi perlawanan ini. Mereka mengawal tempo perlawanan pada separuh masa kedua dan berusaha lebih kuat.

Namun dalam penentuan penalti, amat sukar menafikan kehebatan Poland yang kualiti set penalty takers yang berkualiti.

Switzerland gagal untuk menewaskan Fabianski melalui berberapa cubaan mereka dan ia ada turning point yang menentukan nasib mereka dalam perlawanan ini.

Sementara itu pemain pertahan Poland iaitu Pazdan juga cemerlang dengan 9 clearances dalam perlawanan ini.

Statistik

stast

Man Of The Match 

Lukasz Fabianski (Poland)

Poland mara !

Tahniah Poland ! kerana berjaya mara buat pertama kali ke pusingan kalah mati Piala Eropah. Mereka juga pertama kali dibolosi pada edisi kali ini.

Namun penyokong Poland masih menanti penjaring 13 gol di peringkat kelayakan, Lewandowski untuk meledak jaringan pertama.

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN